Wednesday, January 18, 2012

keramat yang memualkan


terus terang aku menonton keramat kerana ini filem pertama rabecca nur al-islam menjadi heroin. memandangkan aku ada kaitan yang besar dengan rabecca rasanya perlulah menyokong filem pertamanya ini. tetapi secara jujur, filem arahan azhari mohd zain ini berada dalam lingkungan filem yang membosankan. dalam erti kata lain penerbitnya mig dan david teo harus bertanggungjawab atas filem yang rendah mutunya ini. dan rasanya sudah tiba masanya david teo memberi tumpuan pada kualiti berbanding kuantiti.
aku tidak mahu mengulas panjang lebar tentang kemualan aku menonton filem keramat ini. terlalu banyak yang perlu dikritik maupun dikutuk. daripada aku membuang masa tentang sesuatu yang tidak memberi keuntungan pada diri aku sendiri, maka kata akhir pada keramat adalah ianya bukan sebuah filem yang layak untuk ditayangkan ke pawagam. dan untuk rabecca, lakonan anda berada dalam tahap sederhana sahaja. cuma kalau boleh dipujipun ketika adengan anda dirasuk itu.
apabila sesebuah filem itu longgar skripnya maka arahan dan lakon layar juga akan gagal. ditambah dengan lakonan pelakon yang sekadar boleh, maka keramat menjadi sebuah filem mual yang merugikan masa menontonnya.