bukan sekadar catatan kehidupan seorang lelaki bernama ANWAR RAZALI . Ianya melebihi dari itu. di situ ada pengalaman, ada kejayaan dan pahit maung yang menceritakan tentang realiti sebuah kehidupan di sebalik kehidupan glamour...
Friday, December 30, 2011
Thursday, December 29, 2011
Wednesday, December 28, 2011
Sunday, December 25, 2011
Saturday, December 24, 2011
ke gerbang bahagia...

KUALA LUMPUR: Spekulasi perkahwinan pengarah terkenal, Yusry Abdul Halim, 38, dengan pelakon jelita, Lisa Surihani Mohamed, 25, akhirnya terjawab apabila pasangan berkenaan mengumumkan tarikh pernikahan dan majlis resepsi mereka.
Pasangan itu akan disatukan sebagai suami isteri di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya pada Jumaat, 23 Februari depan selepas solat Asar. Manakala majlis resepsi kedua-dua bakal pengantin baru itu akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya pada 26 Februari ini.Jumaat lalu, Yusry menghantar rombongan keluarganya untuk merisik Lisa di kediamannya, malah cincin yang tersarung di jari manis Lisa menandakan mereka sudah bersedia melangkah ke fasa lain dalam kehidupan.
Yusry berkata, mereka tidak pernah menafikan akan mendirikan rumah tangga pada 2012, cuma mereka tidak mahu menghebohkannya sebelum berbincang dengan keluarga kedua-dua pihak. “Kami tidak pernah berdolak-dalih soal perkahwinan, malah apa saja persoalan yang diajukan, kami akan menjawab secara baik. Bagi saya, tidak adil ketika saya sibuk menyelesaikan penggambaran filem Vikingdom, Lisa pula diburu wartawan yang mahukan pengesahan perkahwinan. Mungkin tidak manis jika Lisa membuka mulut soal perkahwinan. Jadi, untuk berlaku adil pada semua akhbar, kami sepakat membuat pengumuman ini bersama. “Kami tidak mengharapkan ‘wedding of the year’, kami mahukan majlis pernikahan dan resepsi sederhana dan ringkas tetapi elegan. Alhamdulillah, selepas hampir setahun mengenali hati budi masing-masing, kami merasakan inilah masa yang sesuai untuk kami menamatkan spekulasi.
“Diakui, saya dan Lisa sudah berbincang soal hala tuju perhubungan sejak awal perkenalan lagi. Apabila serasi berkawan dan keluarga juga merestuinya, inilah dinamakan perhubungan matang. Tarikh 23 Februari yang dipilih untuk majlis pernikahan bukanlah tarikh istimewa cuma angka 23 adalah tarikh lahir Lisa.
“Jujurnya, kami belum membuat apa-apa persiapan perkahwinan. Langkah pertama yang dilakukan sebelum membuat pengumuman adalah menempah terlebih dulu lokasi majlis resepsi di PICC. “Soal ASTRO mendapat hak penyiaran secara eksklusif hari perkahwinan belum diputuskan. Saya dan Lisa menyerahkan pada KRU Studios dan MIG Productions. Kami tiada halangan, bukan saja ASTRO, mana-mana stesen TV lain pun kami terima, tapi perlu mendapat persetujuan bersama. Diakui, saya bahagia dan menyayangi Lisa sepenuh jiwa, begitu juga Lisa,” katanya dalam majlis sidang akhbar pengumuman majlis perkahwinan mereka di Hotel JW Marriot, Putrajaya.
Turut hadir, ibu bapa Yusry, Abdul Halim Kamal dan Zarina AW Fenner dan abangnya, Norman Abdul Halim, selain ibu Lisa, Siti Amira Ahmad.
Thursday, December 22, 2011
Wednesday, December 21, 2011
Monday, December 19, 2011
Sunday, December 18, 2011
Saturday, December 17, 2011
Friday, December 16, 2011
Thursday, December 15, 2011
songlap - bravo!

aku antara pengagum filem arahan Effendee, Fariza Azlina. seperti mana gabungan kabir bahtia dan mira mustaffa, gabungan pasangan ini juga hebat. maka apabila songlap menjadi taruhan terbaru mereka terbitan red film ini aku tidak perlu tunggu lama kerana amat yakin dengan kualiti arahan keduanya itu.
dan buat julungkalinya, shaheizy sam perlu berterima kasih kepada pengarah songlap kerana membongkar sisi sebenar bakat luar biasa sam dalam bidang lakonan. inilah sebenar sam yang harus peminat tau. selama ini dia diperbodohkan dan membodohkan diri dengan filem yang tidak sepatutnya dia berlakon. hanya songlap yang benar-benar membawa sam ke dunia lain tentang kehebatan bakat lakonannya tanpa meminggirkan aspek komersi. songlap adalah permulaan sam untuk diangkat sebagai pelakon terbaik malaysia yang benar-benar terbaik.
sementara syafie naswip terus mengekalkan kewibawaannya meskipun tanpa yasmin ahmad. gabungannya benar-benar menjadi dengan sam. adik beradik yang benar-benar menyakinkan. sara ali, sudah mula tunjuk taring. dia antara pelapis baru pelakon wanita yang perlu dipandang teliti.
songlap adalah cerita berat yang dekat dengan kehidupan kita. cerita masyarakat sebegini membuatkan kita dekat dengan filem ini. songlap diadun dengan rempah ratus dan "Sirim' sesebuah filem. dari segi lakonan, skrip, sinematografi, penataan seni, muzik latar dan lakon layar semuanya serba menjadi. songlap adalah sebuah filem melayu yang lulus dalam semua aspek pembuatan sebuah filem dengan hasil yang baik.
sebagaimana umum dikatakan teruja dengan filem ombak rindu yang dramatik keterlaluan itu, aku lebih menyokong songlap kerana ianya spontan, tidak banyak kebetulan dan tidak dibuat-buat untuk menyakinkan penonton. songlap berdiri atas kekuatan skrip yang menuntut cerita kehidupannya begitu.
barangkali banyak persoalan belum terjawab tentang banyak pekara. tetapi songlap meminta kita berfikir apa yang selayaknya berlaku dan telah berlaku. filem yang membuat kita berfikir adalah filem yang bijak dan tidak membodohkan penonton. tahniah untuk songlap dan tenaga yang terlibat. dan bukan satu persoalan lagi kalau di festival filem malaysia tahun hadapan sam dan syafie akan mencipta kejayaan hebat dalam anugerah terbaik kategori masing-masing. untuk itu lima bintang untuk songlap!
Wednesday, December 14, 2011
ombak rindu - belum fenomena

ini bukan masalah pada orang lain, hanya pada aku. ianya berlaku apabila ramai bercerita tentang fenomena ombak rindu, maka sasaran dan harapan aku terhadap ombak rindu melangkau segalanya. aku mengharapkan ombak rindu mampu membawa aku hanyut dalam ombak perasaan sebagaimana dikatakan ramai yang menangis menonton ombak rindu.
ombak rindu karya osman ali ini berjaya dengan apa yang diinginkan untuk sebuah filem melodrama sebegini. tetapi ombak rindu yang sepatutnya membuai perasaan sepanjang ianya berputar tidak mampu mengheret aku untuk terlibat sama dalam emosi para pelakonnya. apa yang aku lihat adalah satu lagi cerita trajedi yang bertujuan mengundang air mata sebagaimana cerita seram atau komedi yang bertujuan menakutkan dan mengundang ketawa. maka dalam ertikata lain ombak rindu sekadar memberikan satu lagi genre untuk memancing simpati dan air mata penonton.
selain sasaran itu, apa lagi yang indah tentang ombak rindu? aku harus memberi kredit kepada setiap pelakonnya yang menjiwai watak dengan baik. mereka berjaya menjadi watak yang diberikan tanpa dibayangi watak diri sendiri. maya karin berjaya ngan izzahnya, aaron aziz dengan harisnya, bront palare dengan mailnya. sementara pelakon veteran zaidi omar, norman damanhuri dan azizah mahzan yang selayaknya dipuji. mereka hebat dengan kehebatan penjiwaan lakonan mereka.
namun yang paling aku perlu kreditkan adalah lisa surihani yang teramat berjaya dengan watak sisi gelapnya itu. mood lakonan lisa berasa di tahap yang di luar kemampuannya. dia menyakinkan dengan watak mila yang terperangkap atas rasa cinta dan dendam itu. aku yang bukan penggemar lisa, tiba-tiba menyenangi lisa surihani. dalam ertikata lain kalau kena dengan skrip, lisa boleh mengeluarkan bakatnya dengan lebih cemerlang lagi.
sebenarnya kalau tak tanpa kekuatan lakonan semua pelakon hebat tersebut, ombak rindu akan menjadi sebuah filem yang biasa sahaja. lebih membuatkan aku sakit hati adalah bagaiman sinematografi filem ini tidak berada di tahap yang memuaskan. adakalanya blur dan kosong. aku tidak tahu apa sebabnya. tetapi sewajarnya filem ombak rindu mengambil roh filem atau drama arahan kabir bahtia seperti nur kasih yang menitikberatkan sinematografi dan penataan seni. tetapi dalam ombak rindu semua itu bagaikan tiada. apa yang dipaparkan sekadar paparan tanpa ada kaitan dengan lakonan. begitu juga dengan lagu tema yang diulang banyakkali sehingga menimbulkan rasa bosan. sewajarnya hanya adegan tertentu menyelitkan lagu tema, selebihnya mengunakan muzik sahaja. osman ali perlu menonton filem hindustan kuch kuch hota hai maupun kabhi khushi kabhie gham untuk lebih dekat bagaimana kerja kamera, muzik latar mempengaruhi emosi penonton.
dan satu kesalahan yang tak boleh dimaafkan adalah betapa mudahnya osman ali membuat babak kemuncak tentang pembongkaran pak abu tentang siapa haris dalam hidupnya. sewajarnya babak itu memerlukan tumpuan lebih kepada empat watak. terutamanya haris yang baru mengetahui tentang siapa dirinya, izzah yang mengandung dan izzah yang tak curang. namun babak itu sebenarnya hanya sekadar babak biasa walhal babak itu kemuncak segala ombak rindu. inilah kesalahan pengarah dan jurugambar yang tidak peka apa yang dilayaknya ditonjolkan.
babak akhir izzah dan mila antara babak terbaik ombak rindu. ianya satu babak yang menarik untuk diulas terutamanya adengan itu di tengah sawah. inilah sebenarnya lakon layar yang baik. sawah yang terbentang, izzah dan mila dipondok dengan dua rasa berbeza adalah contoh betapa osman ali cuba memaparkan rasa keduanya. tetapi sayangnya kepekaan osman ali seperti biskut. sekejab ada, sekejab tak ada. kesinambungan oknya tidak berada dalam situasi membanggakan.
ombak rindu dikatakan menjadi fenomena. tetapi bagi aku ianya belum mencapai tahap fenomena. ombak rindu hanya sekadar filem air mata yang bergantung kepada lakonan pelakonnya. sedangkan untuk dikatakan ianya sebuah filem yang sempurna atau fenomena ianya masih boleh dipertikaikan.
tiga bintang untuk ombak rindu!
Tuesday, December 6, 2011
cinta oh cinta...

IPOH: Ancaman bom palsu yang menyebabkan lebih 1,200 penumpang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari utara ke ibu negara terkandas lebih enam jam pada Khamis lalu, berpunca daripada seorang pekerja jualan langsung yang bergaduh dengan teman wanita serta mahu menghalangnya ke Kuala Lumpur.
Lelaki berusia 25 tahun itu mengakui membuat panggilan palsu bagi menyekat perjalanan kekasihnya yang mahu menaiki tren untuk menghadiri satu kursus di ibu negara walaupun sudah dilarang.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata perbuatannya terbongkar selepas suspek ditangkap di Teluk Intan, jam 6.10 petang Sabtu lalu dan selepas disoal siasat dia mengakui membuat panggilan itu kerana berang dengan tindakan teman wanitanya yang berkeras meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.
"Dia kini ditahan reman lima hari sehingga Khamis ini dan polis merampas sebuah telefon bimbit jenis Nokia 1280 yang dipercayai digunakan suspek untuk membuat panggilan palsu itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah," katanya semalam.
Khamis lalu, perjalanan tren Ekspres Langkawi dari Haatyai-Kuala Lumpur Sentral, Ekspres Langkawi Butterworth-Kuala Lumpur Sentral, Sinar Mutiara dari Ipoh-Kuala Lumpur Sentral dan perkhidmatan kereta api elektrik (ETS) dari Ipoh ke Kuala Lumpur Sentral terkandas lebih enam jam selepas KTMB menerima panggilan mengatakan ada objek dipercayai bahan letupan di landasan antara laluan Sungkai-Slim River.
Bagaimanapun, selepas pemeriksaan dan pemantauan lebih 10 jam, polis mendapati objek yang ditemui berdekatan landasan di Kilometer 259.25 itu adalah satu botol plastik berbalut tikar plastik yang ditimbus dengan batu di Jambatan Sungai Pekan Lama, Sungkai.
Objek itu kemudian diletupkan dan hasil pemeriksaan tidak menemui sebarang bahan letupan.
"Kita kesal dengan perbuatan itu dan menasihatkan orang ramai tidak membuat panggilan palsu untuk kepentingan diri terutama menggunakan talian kecemasan 999. Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab ini," katanya.
Monday, December 5, 2011
Sunday, December 4, 2011
Friday, December 2, 2011
juara lagu 26- sedetik lebih vs penakut

melihatkan senarai lagu akhir yang terpilih ke juara lagu 26 pada 29 Januari nanti, aku dapat merasakan sedetik lebih akan dihimpit ganas untuk meloloskan diri sebagai juara lagu terbaik. saingan sengitnya adalah dari yuna - penakut, sohaimi mior hassan - kalau berpacaran dan wanita seluruh dunia - projek pistol. tiga lagu tersebutlah yang akan menjadi penghalang untuk kemaraan sedetik lebih yang diterajui oleh edry dan jac itu.
memilih jac adalah pilihan terbaik untuk mengelakkan persamaan dengan anuar zain. selain itu aku rasakan dayang atau noryn aziz mampu membawa juga lagu itu dengan baik. tetapi sedetik lebih berjaya dan seolahnya menjadi lagu terbaru jac apabila dinyanyikan jac dengan cara yang bergaya. kemantapan vokalnya lebih mencabar dan teruji.
dan jika ditanya kepada aku seperti mana tekaan tepat aku pada tahun lalu dengan kemenangan ana rafali itu, pilihan aku lebih kepada projek pistol. komposisi lagu tersebut lebih menarik dan kena dengan trend terkini. kalau berpacaran sebuah lagu yang ada mesej dengan muzik yang catchy juga tidak boleh dipandang remeh, sementara yuna mungkin mampu membuat kejutan. balada penakut bersaing rapat dengan balada sedetik lebih untuk bergelar yang paling hebat. apatah lagi dengan kejutan antara keduanya di dalam aim.
juara lagu 26 bakal membuat kejutan. apapun kejutannya kita mengharapkan ianya diadili dengan telus. yang berhak menang perlu menang. kembali hak kepada yang selayaknya...
Thursday, December 1, 2011
tentang dia, aku dan airmata itu

barangkali kerana sedih itu
barangkali kerana salah itu
barangkali kerana sepi itu
dia datang dalam lesu
dalam renyai gerimis
barangkali kerana sedih itu
yang bergantung satu demi satu
di dasar hati
maka air matanya tumpah
umpama deras hujan
yang bukan gerimis
yang bukan renyai
kolam hatinya bergolak
bergelora melambung rasa
dia menjadi insan cenggeng
dan air mata bukan lagi hujan
malahan tsunami di hati
pun tercipta
ketika esaknya di rangkulanku
dia berbicara dalam suara kelam
tentang tidak mahu hilang
tentang tidak mahu sendiri
tentang tidak mahu dilukai
dari seorang insan
bernama aku!
jebat iskandar
1 disember 2011
stailista
Subscribe to:
Posts (Atom)























