
barangkali kerana sedih itu
barangkali kerana salah itu
barangkali kerana sepi itu
dia datang dalam lesu
dalam renyai gerimis
barangkali kerana sedih itu
yang bergantung satu demi satu
di dasar hati
maka air matanya tumpah
umpama deras hujan
yang bukan gerimis
yang bukan renyai
kolam hatinya bergolak
bergelora melambung rasa
dia menjadi insan cenggeng
dan air mata bukan lagi hujan
malahan tsunami di hati
pun tercipta
ketika esaknya di rangkulanku
dia berbicara dalam suara kelam
tentang tidak mahu hilang
tentang tidak mahu sendiri
tentang tidak mahu dilukai
dari seorang insan
bernama aku!
jebat iskandar
1 disember 2011
stailista