Thursday, December 15, 2011

songlap - bravo!


aku antara pengagum filem arahan Effendee, Fariza Azlina. seperti mana gabungan kabir bahtia dan mira mustaffa, gabungan pasangan ini juga hebat. maka apabila songlap menjadi taruhan terbaru mereka terbitan red film ini aku tidak perlu tunggu lama kerana amat yakin dengan kualiti arahan keduanya itu.

dan buat julungkalinya, shaheizy sam perlu berterima kasih kepada pengarah songlap kerana membongkar sisi sebenar bakat luar biasa sam dalam bidang lakonan. inilah sebenar sam yang harus peminat tau. selama ini dia diperbodohkan dan membodohkan diri dengan filem yang tidak sepatutnya dia berlakon. hanya songlap yang benar-benar membawa sam ke dunia lain tentang kehebatan bakat lakonannya tanpa meminggirkan aspek komersi. songlap adalah permulaan sam untuk diangkat sebagai pelakon terbaik malaysia yang benar-benar terbaik.

sementara syafie naswip terus mengekalkan kewibawaannya meskipun tanpa yasmin ahmad. gabungannya benar-benar menjadi dengan sam. adik beradik yang benar-benar menyakinkan. sara ali, sudah mula tunjuk taring. dia antara pelapis baru pelakon wanita yang perlu dipandang teliti.

songlap adalah cerita berat yang dekat dengan kehidupan kita. cerita masyarakat sebegini membuatkan kita dekat dengan filem ini. songlap diadun dengan rempah ratus dan "Sirim' sesebuah filem. dari segi lakonan, skrip, sinematografi, penataan seni, muzik latar dan lakon layar semuanya serba menjadi. songlap adalah sebuah filem melayu yang lulus dalam semua aspek pembuatan sebuah filem dengan hasil yang baik.

sebagaimana umum dikatakan teruja dengan filem ombak rindu yang dramatik keterlaluan itu, aku lebih menyokong songlap kerana ianya spontan, tidak banyak kebetulan dan tidak dibuat-buat untuk menyakinkan penonton. songlap berdiri atas kekuatan skrip yang menuntut cerita kehidupannya begitu.

barangkali banyak persoalan belum terjawab tentang banyak pekara. tetapi songlap meminta kita berfikir apa yang selayaknya berlaku dan telah berlaku. filem yang membuat kita berfikir adalah filem yang bijak dan tidak membodohkan penonton. tahniah untuk songlap dan tenaga yang terlibat. dan bukan satu persoalan lagi kalau di festival filem malaysia tahun hadapan sam dan syafie akan mencipta kejayaan hebat dalam anugerah terbaik kategori masing-masing. untuk itu lima bintang untuk songlap!