Saturday, November 19, 2011

sanggul beracun - satira yang sempurna


apabila ianya ditayangkan di astro prima, aku wajar menontonnya untuk melihat sendiri tentang kehebatan karya sulung sabri yunos ini sehingga dinobatkan pemenang utama drama terbaik anugerah skrin 2011. makanya aku memberikan tumpuan pada drama ini kerana aku ingin mengulasnya untuk sebuah drama yang dikatakan terbaik.

erra fazira semenjak dua menjak ni macam lepas geram pulak. dari kehebatan lakonannya dalam teater badai semalam, lakonannya dalam sanggul beracun berada dalam tahap yang memuaskan. kalaupun tidak cemerlang, ianya tidak mengecewakan. walaupun cerita sanggul beracun sedikit donggeng dan dapat dijangka, tetapi kerana ianya konsep arahan flashback, videography dan terutamanya lakonan setiap pelakonnya maka ianya menjadi dekat di hati.

dan jika diberi pilihan antara drama air mata nur salina arahan eirma fatima yang menampilkan umie aida berjaya mengalahkan erra fazira selaku pelakon wanita terbaik. aku lebih menyenangi air mata nur salina. tetapi untuk keseluruhan cerita, sanggul beracun adalah karya yang baik dan wajar dipuji. sabri yunos telah menyempurnakan arahan sulungnya dengan terhormat.

kesimpulannya sanggul beracun bukanlah terlalu hebat. tetapi ianya menjadi hebat kerana kejujuran lakonan pelakon dan kesungguhan pengarahnya. kerana apabila sesebuah karya itu dizahirkan dengan rasa jujur, maka hasilnya tentu luar biasa.