Monday, November 28, 2011

misteri jalan lama - bravo afdlin shauki


insan seni genius bernama Afdlin Shauki membuka satu lagi sisi misteri kehebatan karya seninya melalui Misteri Jalan Lama. Ianya sebuah filem yang di luar kotak konsep arahan Afdlin sebelum ini. Sememangnya inilah yang diperlukan demi meneruskan kelangsungan karya agar tidak statik dalam tahap yang sama. Afdlin telah membuktikan dirinya sememangnya insan seni hebat yang perlu dikagumi dan digeruni.

aku sememangnya teruja dari sejak awal layar filem ini dibuka. seperti biasa aku tidak mahu membaca sinopsis. biarkan fikiran meneka sendiri perjalanan filem ini. sememangnya ianya mencabar pemikiran. dan apabila ianya berada di pertengahan cerita maka ianya memberi kejutan dan tidak diduga aku tersenyum sendiri. afdlin rupanya teringin untuk berfantasi seperti lord of the ring, narnia maupun harry potter. yusry kru memang terpana dengan hasil kerja kesan khas filem misteri jalan lama. nampaknya yusry dah ada saingan ek?

ternyata fantasi afdlin itu berjaya dan menghiburkan. filem ini mampu membuatkan orang tidak berganjak untuk menyaksikan misteri disebalik alam bunian itu sendiri. apatah lagi dengan gabungan pelakon terhebat Malaysia maka menjadikan misteri jalan lama sebuah filem wajib tonton hujung tahun ini.

Meletakkan Que Haidar dan Hans Isaac sebagai teraju utama adalah pilihan tepat. seronok melihat bakat que dibongkar sebaik mungkin. begitu juga dengan hans yang nampaknya masih kelihatan seksi meskipun berjambang dan perut boroi. sementara lakonan yang meninggalkan kesan dihatiku tentunya penampilan sulung marion counter sebagai puteri bunian. wah sesuai betul dengan watak puterinya itu. cantik dan sempurna sekali. sementara liyana jasmay yang menjadi cameo tetap meninggalkan kesan dengan perempuan lima puluh sen dan fairlady pink tu. memang menghiburkan. begitu juga dengan namron yang memberikan sisi baru dalam wataknya. dan afdlin telah membuktikan dia juga berbakat besar meskipun menjadi raksasa. huhuhu

Misteri Jalan Lama sebuah filem melayu bertaraf antara bangsa. aku berbangga dengan filem ini. bravo untuk Afdlin Shauki dan tenaga kerja filem ini terutama pengarah muzik dan sinematographynya. bravo untuk uols!