Wednesday, November 30, 2011

masterchef malaysia - bye bye zahin


aku terkejut sedikit kerana zahin yang terkeluar. sangkaku saiful. tetapi saiful bagaikan kucing yang banyak nyawa. sentiasa selamat walaupun dalam saat kritikal. sementara zahin bagiku antara anak muda yang memiliki daya kreatif yang besar dalam seni kulinari. kalau nak dibandingkan dengan saiful, ianya bagaikan langit dan bumi. tetapi demikianlah kalau dah ditakdirkan, maka zahin akan pergi walaupun potensinya besar.

sesuatu yang aku fahami atas penyingkiran zahin adalah betapa perlunya konsep dan tema mengatasi daya kreatif. pasta saiful walaupun azab, tetapi ianya mengikut konsep dan tema. tetapi zahin yang terlalu ke depan menjadikan buah zaitun bahan utama sehingga pastanya kelihatan kerdil. inilah kesilapan zahin yang bagiku sesuatu yang dia sendiri sukar untuk memaafkan diri atas kesilapannya itu.

sememangnya dalam hidup ini kita sentiasa ingin kelihatan lebih kreatif dan berbeza dari orang lain sehingga kita terlupa ada sesuatu yang perlu kita utamakan. maka zahin menjadi mangsa atas daya kreatif yang keterlaluan.

ketika catatan ini aku tulispun ianya bersangkut paut dengan isu yang sama. seorang teman rapat bermain kata dan tarik tali tentang pekara yang tidak patut diutamakan. maka untuknya... inilah pesanku...

"utamakan yang perlu diutamakan. soal yang anda rasakan utama tetapi sebenarnya tidak, perlu dipinggirkan. ikhlaskan diri menerima segalanya. ketentuan Allah pada apa yang perlu kita utamakan sebenarnya untuk memperlihatkan siapa kita sebenar terutamanya dalam situasi perlu membuat keputusan antara dua perkara yang perlu diutamakan. justeru jangan jadi manusia yang tamak atas sesuatu yang bukan keutamaan kita."