Friday, November 18, 2011

hari jumaat yang indah...


sumpah! dia lebih jelita tanpa mekap. melihat dia santai di kediamannya membuatkan aku terkesima dengan kecantikannya. si ibu yang menjamu aku dengan dauz dengan buah durian yang baru gugur dari pokok durian di belakang rumahnya itu begitu ramah. sesekali keluar ketawa besarnya. ramah dan mesra sekali. tidak seperti yang dikatakan. dia tidak diva tetapi hanya memberikan perhatian lebih kepada masa depan anaknya. jadi sebagai ibu tidak salah dia bersikap begitu bukan?

banyak yang kami ceritakan. ada cerita yang off record kami simpan dalam hati. ada cerita yang lucu kami ketawa besar. ada cerita yang perlu pendekatan serius kami telitikan. namun pertemuan di jumaat itu walaupun aku terpaksa dijemput ke kediamannya lantaran sesat kerana kediaman elit itu agak terlindung.

namun tidak mengapa, pertemuan itu membuahkan hasil bukan sedikit. aku telah mendapat apa yang aku hendak. maka untuk cover januari 2011, aku menarik nafas syukur kerana bintang jelita itu akan menjadi cover aku. dan hari yang sama kami fotografi nanti, pada sebelah malamnya pula artis jelita itu akan turut menjalani cover sebuah majalah fesyen terkemuka malaysia. betapa ramainya yang menunggu giliran untuk mendapatkan artis jelita itu, itu belum lagi jemputan peragaan, nyanyian dan lakonan. menurut si ibu, rezeki si anak semakin melimpah ruah. kerana itulah dia sentiasa memastikan yang terbaik untuk kerjaya seni anaknya itu.

kita tunggu sahaja pada saat yang dinantikan itu. lalu petang jumaat yang berkat itu aku pulang dengan bau durian yang pekat di tangan, senyuman manisnya dan memori indah yang aku sendiri yang mengerti...