Wednesday, November 23, 2011

abuya - satu lagi dosa baru...


ini satu lagi filem melayu yang buat dosa dalam pembuatan sesebuah filem. terus terang aku katakan, kalau tidak kerana lakonan cemerlang faizal hussein aku terus menonton filem abuya ni. filem arahan imran ismail yang membariskan team filem jalang ini, berada agak jauh dari taraf sebuah filem. kalau nak membandingkan konsep cerita yang sama, tahajud cinta eirma fatima atau kitab cinta serta yang terkini sanggul beracun arahan sabri yunos, abuya jauh terbelakang. cerekarama yang ditayangkan di kaca tv lebih menarik dari abuya yang kelam kabut dan huru hara dalam setiap teknikal filemnya.

memang asalnya cerita tentang ajaran sesat seperti ayah pin dan yang berkaitan satu isu yang menarik. tetapi yang jadi tak menariknya apabila skripnya tidak mantap dan memperbodohkan penonton. isu seks, ajaran sesat adalah tema berat, dan apabila tidak ditangani dengan baik, maka jadilah ianya seperti nasi yang dimasak hangit atau mentah.

satu dosa pengarahnya apabila tidak peka dengan situasi dan perkembangan watak. ada ke patut situasi tegang lagi misteri ketika jue aziz nak buat nasi kangkang, siap dia bernyanyi lagu aku wanita biasa, kris dayanti. sepatutnya tidak perlu ada nyanyian bodoh begitu untuk mengambarkan isihati jue yang kecewa. cukup mood, emosi, riak wajah, permainan kamera dan muzik latar yang mencengkam sudah memadai. itulah babak paling kelakar dalam abuya walaupun babaknya menarik.

babak pertarungan pada akhir cerita lagi kelakar. dalam pengawal memegang senjata api, mengapa hanya memandang orang lain yang berlawan. tembak sajalah. bukannya jauhpun. lawak sungguh. dan ketika dicredit title akhir dikatakan ada sambungan ke dua, ya Allah aku urut dada. berhentikan buat kerja tak masuk akal. duit juta-juta nak buat filem tu bukan sedikit. apa kata buat bisnes sarang burung walit rasanya lebih menguntungkan.

apapun faizal hussein tetap best. wataknya selaku abu ya memang menjadi... dia sahaja yang membuat 'pahala' dalam abu ya. yang lain terutamanya pengarah, telah melakukan 'dosa' filem yang tidak boleh dimaafkan.