Wednesday, December 29, 2010

khairul fahmi ke 5 di twitter



Persembahan cemerlang penjaga gawang Malaysia Khairul Fahmi Che Mat bukan sekadar mampu menarik peminat baru ke akaun Facebook beliau, malah menempatkannya di kedudukan kelima tertinggi di seluruh dunia bagi trend terkini rangkaian sosial Twitter.
Dalam tempoh sejam, penjaga gawang kelahiran Kelantan yang sebelum ini tidak begitu dikenali, meningkat secara mendadak ke tempat kelima, menumpaskan ''Support Timnas'', yang menyokong pasukan bola sepak Indonesia.
Fahmi juga menjadi topik paling popular untuk Twitter di Indonesia.

Laman Facebook beliau mendapat hit sebanyak 57,000 daripada peminat, ketika artikel ini ditulis kurang daripada dua jam, berbanding tidak lebih daripada 50,000 peminat sebelum perlawanan bermula. Khairul Fahmi, 21, berupaya menyelamatkan lebih daripada 10 percubaan mendebarkan oleh pasukan Indonesia yang menyerang secara agresif sejurus selepas wisel perlawanan dibunyikan. "Terima kasih kerana mengembalikan ''keseksian'' dalam bola sepak Malaysia," kata seorang peminat dalam laman bola sepak pemain itu.
Lima daripada 10 trend teratas Twitter seluruh dunia didominasi perlawanan bola sepak yang berlangsung selama 90 minit pada pertandingan akhir kedua Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno.
Sebelum ini, Twitter juga menjadi platform kepada penyokong bola sepak Indonesia yang berang dan mendakwa Malaysia memenangi perlawanan akhir pertama di Kuala Lumpur secara tidak adil, manakala penyokong Malaysia lebih gemar menunjukkan sokongan dan kecintaan mereka menerusi Facebook.
Seorang lagi pemain cemerlang, Mohd Safee Mohd Sali, hampir mendapat hit 17,000 "Like" dalam Facebook dari 15,000 pada separuh masa perlawanan.
Mohd Safee yang menjaring gol pertama pada perlawanan akhir kedua, turut merangkul gelaran sebagai penjaring terbanyak dengan jumlah lima gol.
Apa yang paling menarik ialah pemain Manchester United iaitu Rio Ferdinand turut mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaya dalam akaun twitternya, @rioferdy5.
"Tahniah kepada Malaysia yang menewaskan Indonesia pada final Piala Suzuki. Saya pernah bermain menentang pasukan bawah 23 tahun Malaysia 18 bulan lepas. Memang satu pasukan yang bagus," katanya.
Dilaporkan bahawa penduduk Asia Tenggara merupakan pengguna terbesar Twitter dan Facebook dengan Indonesia mempunyai 15 juta ''tweeters'', ketiga tertinggi selepas Amerika Syarikat dan Brazil, manakala rakyat Malaysia mempunyai ''friends'' Facebook paling ramai dengan purata 230 setiap pengguna. - BERNAMA

Monday, December 27, 2010

terkini - iznie



3 negeri subur


Masyarakat Kelantan, Terengganu dan Sabah mencatatkan kadar kesuburan paling tinggi berbanding negeri lain di negara ini berdasarkan saiz isi rumah paling tinggi dicatatkan Laporan Kiraan Permulaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia (BPP) 2010 lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, BPP 2010 menunjukkan trend purata isi rumah makin mengecil iaitu 4.31 peratus berbanding 4.62 peratus pada BPP 2000. Bagaimanapun, katanya, Sabah, Kelantan dan Terengganu merekodkan saiz isi rumah paling tinggi berbanding negeri lain, masing-masing mencatatkan kadar purata 5.88 peratus, 4.86 peratus dan 4.78 peratus.


“Peningkatan kadar saiz isi rumah itu menunjukkan tahap kesuburan masyarakat di negeri berkenaan meningkat.

“Trend kesuburan global antara 2000 dan 2010 menunjukkan pengurangan iaitu masing-masing tiga peratus pada 2000 dan 2.3 peratus pada 2010,” katanya pada sidang media selepas mengumumkan Laporan Kiraan Permulaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, Turut hadir, Ketua Perangkaan Malaysia, Datuk Wan Ramlah Wan Abd Rauf.


Mengulas lanjut, beliau berkata, berdasarkan kadar penurunan kesuburan 2010 itu, jumlah penduduk Malaysia mencapai kepada 29.8 juta pada 2015. Malah, katanya, pihaknya menjangka berasaskan pengalaman negara lain dan senario global, kadar pada tahun itu mungkin menurun lagi kepada 2.1 peratus.


Selain itu, Nor Mohamed berkata, laporan berkenaan menunjukkan jumlah penduduk negara ketika ini adalah 27,565,821 membabitkan pecahan 14,112,667 lelaki dan 13,453,154 wanita. “Purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan bagi tempoh berkenaan 2.17 peratus dan bancian dijalankan menunjukkan 6,396,174 isi rumah dan 7,380,865 kediaman di seluruh negara,” katanya. Beliau berkata, berdasarkan mereka berusia 0 hingga 14 tahun adalah 27.2 peratus diikuti 68.2 peratus bagi mereka berusia 15 hingga 64 tahun dan lebih 65 tahun mencatatkan 4.6 peratus.


Menurutnya, jangkaan 2015 menunjukkan, mereka berusia antara 0 hingga 14 tahun adalah 24.2 peratus, 66.4 peratus mereka yang berusia 15 hingga 64 dan lebih 65 tahun sebanyak 5.4 peratus.

emosi janin


andai ingin dikatakan janin sebuah filem seram, rasanya bolehlah dianggap begitu. tetapi jika ingin mengatakan janin sebuah filem seram wajib tonton, kata-kata itu sebenarnya belum cukup kuat. dan aku sendiri tidak menafikan menonton janin kerana filem yang aku ingin tonton telah sold out. memandangkan hati ingin menonton juga janin menjadi pilihanlah.

lalu apabila janin dijadikan pilihan kedua, rasanya aku perlu lebih mengharapkan janin memberikan sesuatu yang baru dan berbeza. walaupun tidak sehebat hantu kak limah balik rumah, sandaran aku terhadap janin cukup tinggi. apatah lagi penulis skripnya wan hasliza antara penulis skrip yang aku kagumi. dan arahan hitler zami ini sewajarnya diperhatikan dengan wajar selepas kejayaan filem dunia baru the movie.

pada lima belas minit awal Janin berjaya mencipta mood ingin tahu dan seram. tetapi apabila dipertengahan plot cerita semakin longgar kerana terlalu memberi tumpuan kepada banyak watak. seharusnya perkembangan watak berkisar kepada eja, hairie, esah, sherie merlis maupun pembela toyol itu sendiri. adalah sesuatu yang malang apabila pengembangan watak pelakon utama diabaikan secara keterlaluan.

aku sendiri hairan dan tertanya apa masalah sherie merlis sehingga marahkan sangat eja. isu sebenar kemarahan itu tidak terungkap. sewajarnya ada isu yang besar sehingga membuatkan hati sherie merlis penuh dengan hasad dengki dan dendam. hairie sekadar biasa sahaja. wataknya sekadar itu sahaja. mungkin kalau nak dibanggakan adalah eja dan si toyol bernama esah. inilah sebenar konflik yang perlu wan hasliza kembangkan papar secara berterusan emosi ibu dan anak yang tersepit antara dunia hantu dan manusia.

janin tidak memberi aku kepuasan. sebagaimana aku masih berkira-kira untuk menonton Aku Masih Dara dan Damping Malam di celah kehangatan filem dari barat, filem yang sekadar biasa-biasa akan ditinggalkan. barangkali bukan itu pandangan aku sahaja, orang lain pun sama. setiap wang yang dikeluarkan perlu berbaloi dari segi kepuasan menonton.

3 negeri subur


Masyarakat Kelantan, Terengganu dan Sabah mencatatkan kadar kesuburan paling tinggi berbanding negeri lain di negara ini berdasarkan saiz isi rumah paling tinggi dicatatkan Laporan Kiraan Permulaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia (BPP) 2010 lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, BPP 2010 menunjukkan trend purata isi rumah makin mengecil iaitu 4.31 peratus berbanding 4.62 peratus pada BPP 2000. Bagaimanapun, katanya, Sabah, Kelantan dan Terengganu merekodkan saiz isi rumah paling tinggi berbanding negeri lain, masing-masing mencatatkan kadar purata 5.88 peratus, 4.86 peratus dan 4.78 peratus.


“Peningkatan kadar saiz isi rumah itu menunjukkan tahap kesuburan masyarakat di negeri berkenaan meningkat.

“Trend kesuburan global antara 2000 dan 2010 menunjukkan pengurangan iaitu masing-masing tiga peratus pada 2000 dan 2.3 peratus pada 2010,” katanya pada sidang media selepas mengumumkan Laporan Kiraan Permulaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, Turut hadir, Ketua Perangkaan Malaysia, Datuk Wan Ramlah Wan Abd Rauf.


Mengulas lanjut, beliau berkata, berdasarkan kadar penurunan kesuburan 2010 itu, jumlah penduduk Malaysia mencapai kepada 29.8 juta pada 2015. Malah, katanya, pihaknya menjangka berasaskan pengalaman negara lain dan senario global, kadar pada tahun itu mungkin menurun lagi kepada 2.1 peratus.


Selain itu, Nor Mohamed berkata, laporan berkenaan menunjukkan jumlah penduduk negara ketika ini adalah 27,565,821 membabitkan pecahan 14,112,667 lelaki dan 13,453,154 wanita. “Purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan bagi tempoh berkenaan 2.17 peratus dan bancian dijalankan menunjukkan 6,396,174 isi rumah dan 7,380,865 kediaman di seluruh negara,” katanya. Beliau berkata, berdasarkan mereka berusia 0 hingga 14 tahun adalah 27.2 peratus diikuti 68.2 peratus bagi mereka berusia 15 hingga 64 tahun dan lebih 65 tahun mencatatkan 4.6 peratus.


Menurutnya, jangkaan 2015 menunjukkan, mereka berusia antara 0 hingga 14 tahun adalah 24.2 peratus, 66.4 peratus mereka yang berusia 15 hingga 64 dan lebih 65 tahun sebanyak 5.4 peratus.

Sunday, December 26, 2010

terkini - amber chia & zahnita with stailista


anugerah skrin 2010 - komen rais


Kumpulan Media Prima Berhad perlu membuat penilaian semula berhubung etika berpakaian dalam majlis anugerah anjurannya berikutan kekecewaan beberapa pihak mengenai artis wanita berpakaian tidak sopan dan seksi pada Majlis Anugerah Skrin TV3 2010, Jumaat lalu.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, ini kerana anugerah tersebut bertujuan memberi penghargaan kepada filem, drama dan pelakon terbaik.

"Saya sebagai Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan malam tadi hanya beri fokus kepada mutu filem dan drama dipertandingkan. Saya tidak tumpukan kepada pakaian setiap artis yang hadir.

"Tetapi sekiranya ada keadaan menjolok mata dan tidak menyerikan majlis, Media Prima melalui anak syarikatnya, TV3 perlu nilai semula supaya ia tidak berulang pada anugerah akan datang," katanya.


Beliau mengulas kekecewaan beberapa pihak terutama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang kecewa dengan pendedahan aurat yang ketara oleh artis wanita pada majlis anugerah itu.

Rais berkata, setiap manusia ingin maju dalam kehidupan tetapi bukan bererti tamadun terutama sebagai orang Melayu dicabuli oleh kelakuan atau cara berpakaian yang tidak senonoh.

"Siapa makan cili dia akan terasa pedasnya kerana saya dan pihak lain menyatakan pandangan ini dalam konteks sebenar," katanya.

Sementara itu, Ketua Wirawati Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Zaira Jaafar berkata, biarpun penampilan seseorang itu merupakan hak individu namun ia perlu mempunyai had dan batasan.

Beliau berkata, tindakan artis wanita yang mengenakan pakaian menjolok mata bukan sahaja tidak menghormati Islam sebagai agama rasmi Malaysia, malah menunjukkan mereka tidak peka terhadap sensitiviti masyarakat.

"Bukan tidak boleh berpakaian moden dan mengikut trend, namun artis wanita juga perlu peka dengan persekitaran sekeliling.

"Jangan berpenampilan keterlaluan kerana mungkin ada di kalangan peminat dan masyarakat tidak boleh menerima imej sedemikian walaupun atas dasar bersikap terbuka mahupun atas nama kebebasan," katanya.

Zaira berkata, artis wanita sepatutnya lebih menonjolkan pakaian bersifat tradisional seperti kebaya moden apabila menghadiri acara besar dan berprestij seperti majlis penganugerahan.

Kata beliau, ia bukan sahaja membuatkan pemakainya kelihatan lebih menawan dan sopan, tetapi turut menampilkan ciri-ciri kewanitaan, sekali gus memperkasakan fesyen kebangsaan.

Saturday, December 25, 2010

anugerah skrin 2010 - tahniah



Drama Terbaik - Antara Garisan
Pelakon Lelaki Terbaik Drama - Fauzi Nawawi (Sebelum Akhirat)
Pelakon Wanita Terbaik Drama - Noorkhiriah (Antara Garisan)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama - Isma Yusoof (Antara Garisan)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama - Fadilah Mansor (Sebelum Akhirat)
Pengarah Terbaik Drama - Murali Abdullah (Sebelum Akhirat)
Drama Rantaian Terbaik - Nur Kasih
Drama Komedi Terbaik - Simpang 3
Lakon TV Terbaik - Antara Garisan
Videografi Terbaik - Datang Bulan
Filem Terbaik: Muallaf
Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Bront Palarae (Belukar)
Pelakon Wanita Terbaik Filem: Sharifah Amani (Muallaf)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem: Aaron Aziz (Evolusi KL Drift 2)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem: Nor Fazura (Pisau Cukur)
Pengarah Terbaik Filem: Yasmin Ahmad (Muallaf)
Lakon Layar Terbaik Filem: Syamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2)
Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik: Epik Suatu Ketika - Laskar Senoi (Astro Prima)
Rancangan Bual Bicara Terbaik: Isu Khas Gaza Palestin Kami Bersamamu (RTM)
Rancangan Hiburan Terbaik: Anugerah Bintang Popular Berita Harian
Rancangan Muzikal Terbaik: Anugerah Juara Lagu ke-24
Rancangan Realiti Terbaik: Showdown 2010 (8TV)
Laporan Khas/Berita Terbaik: Aduan Rakyat TV3
Anugerah Khas Juri: Shaheizy Sam

Friday, December 24, 2010

anugerah skrin 2010 milik siapa


Anugerah Skrin 2010 (ASK) seringkali dilihat memberi kelainan dari segi pemenangnya berbanding festival filem malaysia. lebih menarik kali ini pemenang festival filem ke 22 dan 23 berentap. apakah keputusan anugerah skrin 2010 anjuran tv3 kali ini akan memberikan sesuatu yang diluar dugaan?

Pelakon Lelaki Terbaik Lelaki

Brian Goh (Muallaf)
Aaron Aziz (Evolusi KL Drift 2)
Afdlin Shauki (Papadom)
Bront Palarae (Belukar)
Farid Kamil (Lagenda Budak Setan)

Pilihan URS GLAMOUR STAILISTA : BRONT PALARE - BELUKAR

Pelakon Wanita Terbaik Filem

Sharifah Amani (Muallaf)
Liyana Jasmay (Papadom)
Maya Karin (Pisau Cukur)
Lisa Surihani (Lagenda Budak Setan)
Daphne Iking (Belukar)

pilihan URS GLAMOUR STAILISTA : SHARIFAH AMANI - MUALLAF


Pelakon Pembantu Lelaki Filem

Shaheizy Sam (Evolusi KL Drift 2)
Que Haidar (Setem)
Riezman Khuzaimi (Santau)
Rashidi Ishak (Setem)
Shahredza Minhat (Pisau Cukur)

pilihan URS GLAMOUR STAILISTA - SHAHEIZY SAM - EVOLUSI KL DRIFT 2


Pelakon Pembantu Wanita Filem

Noorkhiriah (Papadom)
Vanidah Imran (Setem)
Sharifah Alesya (Muallaf)
Raja Farah (Lagenda Budak Setan)
Nor Fazura (Pisau Cukur)

pilihan URS GLAMOUR STAILISTA - NUR FAZURA - PISAU CUKUR

Pengarah Filem Terbaik

Syamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2)
Khabir Bhatia (Setem)
Yasmin Ahmad (Muallaf)
Afdlin Shauki (Papadom)
Bernard Chauly (Pisau Cukur)

pilihan URS GLAMOUR STAILISTA - YASMIN AHMAD - MUAALAF

dr mahathir , shah rukh khan dan krismas


NEW DELHI: Apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Mumbai menjelang Hari Krismas, beliau akan menjadi tetamu kehormat bintang pujaan Bollywood, Shah Rukh Khan.
Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, kedua-duanya kini melakukan lawatan peribadi ke India, akan tiba di pusat kewangan India hari ini, dan Shah Rukh Khan akan menjadi tuan rumah kepada negarawan ulung itu.
"Apabila beliau dapat tahu saya akan datang ke India, beliau kata saya mesti pergi ke Bombay (Mumbai).
"Beliau lebih daripada seorang sahabat daripada peminat. Saya kenal dengannya sudah agak lama. Filem terakhir beliau yang saya tontoni ialah My Name is Khan," kata Dr Mahathir.

Shah Rukh Khan dijangka menganjurkan jamuan teh istimewa untuk meraikan pasangan itu di kediamannya di Mumbai pada Hari Krismas. Sepanjang lawatan dua hari beliau ke Mumbai, Dr Mahathir dijadual melawat ke Yash Raj Film Studio - iaitu studio filem terulung India. Dr Mahathir adalah tokoh kedua bertemu Shah Rukh Khan dalam tempoh kurang dari seminggu, selepas Presiden Russia, Dmitry Medvedev mengadakan perjumpaan dengan aktor berkenaan di Mumbai pada Rabu lalu.
Medvedev melakukan lawatan rasmi ke India minggu lalu.

Konsul Besar Malaysia di Mumbai Wan Zaidi Wan Abdullah juga akan meraikan kunjungan kenamaan itu dalam majlis jamuan malam. Dr Mahathir akan menamatkan lawatannya ke India dengan mengunjungi Kerala selepas Mumbai. Pada Khamis, beliau bertemu Perdana Menteri India, Manmohan Singh di Delhi.
- BERNAMA

Thursday, December 23, 2010

perihal telefon selular


Frekuensi elektromagnet telefon selular terbukti selamat dan tidak boleh mengakibatkan barah otak, berlainan dengan pendedahan kepada radiasi mengion seperti radiasi nuklear.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Joseph Salang Gandum, berkata maklumat itu diperoleh berdasarkan kepada kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 2010 yang memutuskan bahawa tiada kaitan antara risiko barah otak dan penggunaan telefon bimbit.

Frekuensi elektromagnet telefon selular ini tergolong dalam radiasi tidak mengion, atau Non Ionized Radiation, iaitu ia tidak mempunyai cukup tenaga untuk menukar molekul di badan kita.
Apa yang terhasil daripada radiasi tidak mengion ini hanyalah rasa hangat di
telinga apabila bercakap terlalu lama, katanya di Dewan Negara semalam bagi menjawab soalan daripada Senator Mohd Khalid Ahmad.

Beliau berkata, kajian sudah dijalankan ke atas 5,117 kes barah otak di 13 negara oleh 21 pakar saintis dan tiada bukti saintifik yang menunjukkan frekuensi elektromagnet telefon selular mengakibatkan barah otak.

KPKK prihatin dengan kebimbangan masyarakat terhadap frekuensi elektromagnet telefon selular yang dihasilkan dalam penggunaan perhubungan saluran telekomunikasi tanpa wayar.
Kebimbangan itu berpunca daripada kurangnya kesedaran dan pengetahuan masyarakat berhubung frekuensi elektromagnet telefon selular dan juga penyebaran maklumat yang tidak tepat mengenainya, katanya.

Wednesday, December 22, 2010

Tuesday, December 21, 2010

selebriti carian tertinggi


Senarai sepuluh teratas untuk carian di Internet sepanjang tempoh 2010 didominasi oleh enam selebriti yang tersenarai kerana populariti, menjadi ikon fesyen, pertukaran penampilan dan kelakuan mereka yang mengundang kontroversi.

Namun, topik yang paling banyak dicari pada 2010 ialah kes kebocoran telaga minyak British Petroleum (BP) di Amerika Syarikat (AS), insiden terburuk di AS.

Piala Dunia 2010 pula menduduki tangga kedua pencarian di Internet untuk tahun ini.

Sementara itu, bintang Hannah Montana, Miley Cyrus menjadi selebriti yang paling ramai dicari di tangga ketiga dalam senarai carian tertinggi 2010 itu ekoran berita buruk mengenainya, terutama melalui video lucah untuk lagunya Who Owns My Heart yang dikecam oleh organisasi keluarga sebagai tidak senonoh.

Bintang realiti televisyen Kim Kardashian yang sedang membuat penggambaran untuk rancangan barunya, selain penambahan cawangan kedainya di New York pula menjadi selebriti kedua tertinggi dicari dengan menduduki tangga ke empat carta.

Kardashian kekal berhubung dengan peminat-peminatnya melalui blog Celebuzz dan sudah tentu hubungannya dengan dunia 'sebenar' menjadi faktor utama dia tersenarai dalam senarai carian 2010, selain gambar bogelnya di muka depan majalah Wow.

Lady Gaga pula menduduki tangga kelima senarai carian 2010 itu sekali gus menjadi selebriti ketiga yang hangat dicari di Internet.

Penampilan peliknya sering kali menjadi tajuk utama, sama ada dia memakai pakaian diperbuat daripada daging atau berdebat dengan John MacCain tentang homoseksual dalam pasukan tentera, Lady Gaga sering mendapat liputan media di mana dia berada.

Tangga keenam carta pula diisi oleh iPhone ekoran pengeluaran model baru mereka iaitu iPhone 4.

Pelakon jelita, Megan Fox yang menduduki tangga ketujuh carta menjadi selebriti seterusnya yang paling banyak dicari ekoran tindakannya yang menghina filem Transformers 3: Dark of the Moon ketika Mochael Bay menolak untuk mengambilnya berlakon semula.

Namun punca utama yang membuatkannya tersenarai ialah perkahwinan musim panasnya dengan teman lelakinya Brian Austin Green.

Diikuti rapat ialah penyanyi remaja popular, Bieber yang menduduki tangga kelapan carta ekoran mengadakan konsert di serata dunia, mencatat jualan cakera padat (CD) tertinggi dan menerima empat Anugerah Muzik Amerika menduduki tangga teratas senarai carian 2010.

Menurut E! Online, daya tarikan Bieber serta penyertaannya dalam Twitter yang didorong dengan dakwaan bahawa Kim Kardashian adalah kekasihnya dan kemudiannya menerima ancaman bunuh mungkin menjadi faktor utama dia tersenarai di tangga teratas.

Kedudukan kesembilan pula diduduki oleh rancangan pencari bakat popular AS iaitu American Idol.

Selebriti terakhir yang tersenarai dalam senarai sepuluh teratas untuk carian di Internet yang juga menduduki tangga terakhir carta carian 2010 ini ialah Britney Spears. - Agensi

Monday, December 20, 2010

kutipan filem malaysia 2010



1. Adnan Sempit - 7.66 juta
2. 2 Hati 1 Jiwa - 0.40 juta
3. Lu Pikirlah Sendiri The Movie - 2.15 juta
4. Niyang Rapik - 3.72 juta
5. V3: Samseng Jalanan - 3.88 juta
6. KL Drift 2 - 5.67 juta
7. Semerah Cinta Stilleto - 2.13 juta
8. Hooperz - 0.29 juta
9. Belukar - 0.30 juta
10. Andartu Terlampau 21 Hari Mencari Suami - 0.56 juta
11. Lagenda Budak Setan - 4.28 juta
12. Kecoh Betul - 2.03 juta
13. Kapoww!! - 0.27 juta
14. Zoo - 2.17 juta
15. Mantra - 2.74 juta
16. Senario Asam Garam - 2.47 juta
17. 4 Madu - 1.82 juta
18. Magika - 3.14 juta
19. Jangan Pandang Belakang Congkak 2 - 4.23 juta
20. Cuti-Cuti Cinta - 3.17 juta
21. Estet - 0.35 juta
22. Crayon - 0.053 juta
23. 2 Alam - 0.44 juta
24. Ngangkung 7.77 juta *
25. Aku Tak Bodoh - 0.74 juta *
26. Hantu Kak Limah Balik Rumah - 4.20 juta *
27. Aku Masih Dara - 0.89 juta *
28. Janin
29. Damping Malam

*Kutipan terkini sehingga 22 Disember 2010

Saturday, December 18, 2010

mari menari - tahniah razif- alia

sejak awal lagi aku memilih pasangan razif untuk menjadi juara mari menari. dan malam tadi segalanya seperti yang dirancang. meskipun menerima saingan sengit dari pasangan ariz, razif dan alia berada dalam landasan yang baik. barangkali kerana pengalaman dalam tarian menyebabkan mereka berhabisan membuat yang paling gempak untuk malam final. dengan kondo bernilai rm350 ribu dan hadiah bulan madu ke bali, kiranya penyertaan mereka memang berbaloi.

naib juara, pasangan ariz dan siti memberikan saingan yang cukup hebat. apatah lagi ariz yang sentiasa hebat sebagai penari. tentera dua orang ni bukan calang-calang. mereka sememangnya layak untuk memberikan tekanan pada razif sebelum bergelar juara.

mari menari perlu diteruskan pada musim akan datang. walaupun dapat dirasakan tarikan program ini kurang menyerlah berbanding program realiti akan datang, tetapi program sebegini sekurangnya menambah variasi program realiti yang selama ini hanya tertumpu kepada bidang nyanyian sahaja. mari menari perlu dihebatkan pada musim akan datang dengan penyertaan pelbagai kaum untuk memberikan kelainan.

Friday, December 17, 2010

terkini - dapne iking trial


Bekas suami model dan pengacara TV Daphne Eleanor Iking memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa Isobel Daniella Iking-Chong bukan anak kandungnya.
Ryan Chong Yiing Yih, 32, berkata perkara itu diketahui selepas melakukan beberapa ujian, termasuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Beliau mengambil keputusan melakukan ujian itu selepas beberapa kali membaca e-mel antara bekas pengarah Urusan Adidas, Darren Choy Khin Ming, 45, dengan bekas isterinya.
Katanya, beliau membawa Isobel ke sebuah klinik di Petaling Jaya bagi melakukan ujian itu selepas berasa sangsi dengan e-mel Iking kepada Choy yang berbunyi: ‘Muka dia (Isobel) lebih mirip kepada awak’.
Chong berkata hasil ujian menunjukkan darahnya dan Iking dari jenis ‘O’ manakala Isobel mempunyai darah jenis ‘A’.
Beliau memberi keterangan dalam perbicaraan saman peribadinya terhadap Choy yang didakwa memikat Iking, 31, dengan niat supaya wanita itu melakukan persetubuhan dengannya di kondominium The Plaza, Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, antara Julai 2007 dan September 2008.
Iking berkahwin dengan Chong pada 27 Januari 2007 di Bali, Indonesia dan pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan, Isobel, sebelum mereka bercerai pada 2009.
Jika sabit kesalahan, mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan, Choy yang diwakili peguam Datuk Jagjit Singh dan Akberdin Abdul Kader, berdepan hukuman penjara dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.
Pada prosiding hari ini, Chong berkata e-mel antara Choy dan Iking lebih terarah kepada cinta, dan melaluinya, beliau mengetahui mereka merancang bercuti ke Banyan Tree Bintan Resort, Indonesia untuk melakukan hubungan intim.

Thursday, December 16, 2010

top 10 hit movie 2010



1. Toy Story 3- RM3.33 bilion.
2. Alice In Wonderland - RM3.21 bilion.
3. Inception - RM2.59 bilion.
4. Harry Potter and the Deathly Hallows Part 1 - RM 2.4 bilion.
5. Shrek Forever After - (RM2.32 bilion).
6. The Twilight Saga: Eclipse - RM2.16 bilion
7. Iron Man 2 - RM1.95 bilion)
8. Despicable Me - RM1.66 bilion
9. Clash of the Titans - RM1.55 bilion
10. How to Train Your Dragon - RM1.55 bilion

Wednesday, December 15, 2010

Tuesday, December 14, 2010

kad plastik itu...

berderau darah aku ketika tiba-tiba mesin atm tiba-tiba tergendala seketika ketika dalam proses pengeluaran wang sedang berjalan. lebih buat aku berpeluh sakan apabila jumlah yang aku tekan tu adalah jumlah yang banyak. aduh... hampir pitam aku dibuatnya. lama menunggu mesin atm di ioi mall tu masih tergendala. menghubungi nombor yang tertera aku diminta blockkan kad itu. mujur juga transaksi tersebut tidak berjaya. kalau tak baru sakit jantung dibuatnya.

namun persoalan lainnya bukan hanya kerana cerita kad tertelan, tetapi kes mykad aku tidak boleh dibaca ketika melaporkan kepada bank rhb berhampiran. sudah berulangkali dicuba hasilnya tetap sama. malahan pada akhirnya aku diminta ke bank rhb oug tempat aku membuka akaun tersebut.


di rhb oug pun sama. mykad aku tidak boleh dibaca. di mana silapnya aku sendiri tidak tahu. sedangkan mykad aku dibalut rapi dan tidak pernah tercalar maupun rosak. apakah benar telahan yang sering aku dengar mykad sering berhadapan dengan masalah. kalau macam tu bagaimana mengatakan semuanya transaksi boleh dilakukan oleh mykad. sedangkan nak kesan pemilik kadpun tak boleh.

kekadang kita ni terlalu bercita-cita tinggi. sedangkan isu yang remehpun tidak mampu diatasi. dan sudahnya aku terpaksa menunggu lama untuk pegawai rhb bank itu mencari dokumen semasa aku membuat akaun tu lima tahun lalu . hasilnya aku menerima kad baru.
kad yang lebih canggih. warna merah. kegemaranku. kad debit rhb. kata pegawai tu sekarang dah menjadi trend untuk membeli belah menggunakan kad debit tu. wah, sempat promosi tu. lebih kurang kad kredit la. tapi yuran tahunannya hanya rm20.

cerita kad tertelan, mykad yang tidak boleh dikesan dan kad debit membuatkan aku terfikir sesuatu. betapa hanya dengan sekeping kad plastik itu, hidup seseorang seperti aku boleh huru hara!

Monday, December 13, 2010

hantu kak limah balik rumah - komedi giler babi yang best...



kalau ingin membandingkan ngankung, hantu kak limah balik rumah boleh meninggalkan ngankung jauh-jauh. walaupun kutipan ngankung sudah melebihi 7 juta, tetapi itu bukan satu pekara yang perlu dibesarkan. ngankung berada dalam kelompok filem komedi seram sekadar biasa-biasa. tetapi hantu kak limah balik rumah memang komedi seram giler babi yang best. itulah kata-kata yang aku dapat katakan selepas menonton karya baru mamat khalid selepas estet ni. mungkin perkataan giler babi tu kasar bunyinya, tetapi seperti kata lisa surihani yang menyebut perkataan itu lantaran terkesima dan takjub dengan tarian peserta mari menari, begitu juga dengan aku. giler babi patut diberikan pada hantu kak limah balik rumah.

kali ini mamat khalid pukul habis memberikan lawak giler babi campur selamba dan tak masuk akalnya. ianya lebih baik dari zombie kg pisang maupun karyanya terdahulu. lawak spontan dan mimik muka pelakon hantu kak limah balik rumah memang menghiburkan. aku yang susah nak ketawa ni memang sakit perut menonton filem komedi seram ini.

hantu kak limah balik rumah boleh aku angkat sebagai sebuah filem seram komedi yang menepati kehendak sesebuah filem. paling aku gemar sekali adalah penataan fotografinya yang cukup kena dalam menyeimbangkan mood seram dan komedi. muzik latarnya pun menepati kehendak watak. lakonan awie, umie nazira, zami ismail, sh8, johan raja lawak berada dalam kawalan dan kena pada situasi. inilah dikatakan filem komedi yang cerdik dan tidak membodohkan penonton walaupun kisahnya ringan dan dipeduli gelak ketawa.

menonton hantu kak limah balik rumah mengingatkan aku pada filem p.ramlee seperti bujang lapok, nujum pak belalang maupun madu tiga. mamat khalid hampir menyamai cara p.ramlee memberi didikan dan mesej dalam setiap filemnya. inilah yang harus kita sedar bahawa dalam gelak ketawa, kita sebenarnya mengelakkan diri sendiri dan menyedarkan betapa ada sesuatu dalam kehidupan ini yang kita terlepas pandang dan mengabaikan.

tahniah untuk mamat khalid. anda telah memberi nafas baru kepada filem komedi seram. paling penting dalam membuat filem komedi seram, aspek skrip, muzik, fotografi, lakonan tidak wajar diambil mudah, mamat khalid telah menyempurnakan tuntutan itu. terima kasih...

Sunday, December 12, 2010

Saturday, December 11, 2010

urs glamour - tomok, airel zafrel with ishak jamal



jangan lupa lirik terbaik di asia


Program permainan berkonsepkan ingatan kepada seni kata lagu, Jangan Lupa Lirik musim ketiga yang dihoskan Aznil Nawawi dipilih sebagai Program Gameshow Terbaik di Anugerah Televisyen Asia yang diadakan di Singapura, malam kelmarin.

Dalam anugerah itu, Jangan Lupa Lirik, bersaing dengan program gameshow dari negara lain seperti Talk’ bout Your Generation (Hong Kong), Take Him Out (Indonesia), Yok Siam 10 Kor (Thailand), The Chinese Challenge Grand Final (Singapura) dan Game On (Singapura).
Mengulas kemenangan itu, Aznil yang mendapat tahu perkhabaran gembira itu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada penerbit program berkenaan, menyifatkan ia sebagai hadiah yang bermakna sempena ulang tahun ke-20 pembabitannya dalam bidang seni.

“Bagaimanapun, kemenangan ini bukanlah untuk saya seorang saja tetapi ia juga adalah atas usaha semua yang terbabit dalam penerbitan ini. Bukan mudah mengacarakan program ini kerana ia tidak mempunyai skrip dan saya melakukannya secara spontan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

“Mujurlah untuk musim ketiga ini kami mendapat peserta yang bukan saja mempunyai karakter yang tersendiri tetapi juga boleh menyanyi dengan baik.

“Mungkin itu adalah antara faktor mengapa program ini dipilih sebagai program gameshow terbaik,” kata pemenang Pengacara TV Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH).
Sebelum ini, rancangan bual bicara kendaliannya, Macam-Macam Aznil turut memenangi anugerah Rancangan Temu Bual Terbaik di Anugerah Televisyen Asia 2005. Aznil juga pernah meraih anugerah Pengacara Hiburan TV Pilihan Juri di Anugerah Televisyen Asia pada 2008.

Program Jangan Lupa Lirik mula disiarkan di saluran Astro Ria pada 25 Mei 2008 dan kini, sudah masuk ke musim yang ke- 3. Ia adalah pengiktirafan kedua diterima program yang diadaptasi daripada rancangan realiti popular Amerika Syarikat, Don't Forget The Lyrics pada tahun ini.

Pada 3 Disember lalu, Jangan Lupa Lirik memenangi anugerah perak bagi kategori Promo Komedi Terbaik di Promaxbda Asia Awards juga berlangsung di Singapura.

Acara itu juga menyaksikan program realiti Gelanggang Raja Lawak (Akhir) memenangi Anugerah Khas Juri bagi kategori Program Komedi Terbaik. Sementara itu, Shout Awards 2009 terbitan 8TV pula memenangi Anugerah Khas Juri kategori Program Hiburan Khas (Tahunan).

- berita harian

Friday, December 10, 2010

Becca ke jenjang pelamin


Pelakon yang terkenal dengan imej seksi, Rebecca Nur Al-Islam Ahmad, 24, memilih seorang duda untuk menamatkan zaman bujangnya pada 14 Januari depan.

Pelakon drama Gadis Kosmo ini bakal menjadi isteri kepada Nor Azam Sulaiman, 42, yang merupakan seorang peguam serta ahli perniagaan dan mempunyai dua orang cahaya mata.

Menurut Rebecca, mereka berdua bersepakat untuk berkahwin setelah tiga tahun menyulam cinta.

"Saya bersetuju menerima lamarannya kerana saya suka sifatnya yang mementingkan keluarga dan penyayang dengan kanak-kanak kerana saya sendiri mempunyai seorang anak angkat, Nor Adam Daniel, 2 tahun.

"Saya tidak berniat untuk terlalu berahsia tentang kami sebelum ini, cuma saya tidak mahu terlalu menghebohkannya kerana risau tidak jadi," ujar Rebecca sewaktu ditemui di sidang akhbar mengumumkan majlis perkahwinannya di sini, hari ini.

Keluarga Nor Azam telah datang merisik Rebecca pada 25 Ogos yang lalu dan mereka membuat keputusan untuk menjalankan adat bertunang beberapa jam sebelum bernikah nanti.

Majlis persandingan mereka secara tradisional akan diadakan pada keesokan harinya iaitu 15 Januari 2011 di Hotel Flamingo, Ampang, manakala pada 16 Januari pula akan diadakan majlis persandingan di Menara Kuala Lumpur.

Masih belum membuat keputusan tentang wang hantaran, menurut Rebecca, pihak lelaki akan memberikan 15 dulang hantaran berbalas 17 dulang hantaran dan satu set barangan kemas jenama Chopard merupakan salah satu daripada hantaran untuknya.

Tambahnya, Nor Azam turut menghadiahkan sebuah rumah untuknya di Ampang sebagai hadiah perkahwinan mereka dan pasangan ini akan menetap di sana selepas berkahwin.

- utusan malaysia

hingga subuh...


deadline oh deadline...
demi kesempurnaan stailista untuk keluaran terbaru, aku terpaksa membuat editing lebih teliti. kebiasaannya malamlah waktu untuk aku lebih menghayati. dan kerana terlalu banyak perkara perlu dibetulkan, maka tanpa sedar azan subuh sudah kedengaran. ahh... belum tidur lagi aku ni...

sudah lama aku tidak bersemangat begini. sebenarnya bukanlah suatu bebanan untuk melakukan editing, tetapi sememangnya sikapku yang gemar membuat kerja di waktu kritikal. waktu sebegini walaupun stress, hasilnya memang berbeza. aku boleh menjadi lebih kreatif kalau dalam suasana stress. mungkin bagi orang lain, ianya satu tekanan, tapi bagi aku ianya satu kenikmatan.

demi stailista, aku sedikitpun tidak berasa tertekan atau stress. untuk 2011 aku telah merancang banyak pekara untuk stailista... tentunya apa yang dirancang itu bukan sesuatu yang remeh, malahan ianya menjangkau akalku sendiri. tetapi itulah aku, sesuatu yang biasa bukan cara aku!

hingga subuh aku intim dengan stailista, hingga subuh aku terlupa dunia lain. maafkan aku untuk si dia. waktu ini aku perlu lebih ruang untuk kerjayaku ini...

Thursday, December 9, 2010

kurang bercakap la...


seseorang yang yakin dan faham tentang realiti merebut peluang tidak mungkin bercakap banyak. seperti mana kata dato' jamal dari ibm automobile yang aku temui petang tadi, dia lebih gemar kuat bekerja dan kurang bercakap. barangkali kerana itulah temujanji aku dan dia berlangsung dalam suasana santai dan ringkas. malahan tidak banyak soal dia terus bersetuju untuk terlibat dalam projek yang aku usulkan.

hakikatnya, dato jamal telah merebut peluang yang betul, dalam waktu yang sama membuktikan orang yang banyak cakap sebenarnya tin kosong. inilah realiti yang aku sedar tentang sikap manusia. manusia yang tidak mahu merebut peluang atau dalam waktu yang sama takut mencuba ataupun sebenarnya tidak berkemampuan akan mencipta pelbagai alasan. paling menyakitkan hati apabila diberikan alasan bodoh dengan menyalahkan pihak lain, walhal sebenarnya mereka mencipta alasan itu untuk menyembunyikan masalah sebenar mereka.

bertemu dato jamal mengajar aku untuk terus kurang bercakap dan menghargai kerja serta buat terbaik dalam apa pekara sekalipun...

salam untuk dia di Ipoh

Wednesday, December 8, 2010

aku tak bodoh - sekadar adaptasi



terdahulu sebelum menonton aku tak bodoh, aku tak kering gusi menonton rapunzel. sebuah animasi yang menghiburkan dengan mesej tersirat. lebih membuatkan aku teringat sehingga kini adalah dialog : peluang yang baik akan datang kepada orang yang sabar!

dan apabila telah terkesima dengan kehebatan rapunzel yang kita sendiri tahu tentang perjalanan ceritanya sejak kecil lagi, tetapi rapunzel kali ini dibawa dengan pengisian yang baru. lebih segar dan plot cerita yang menarik. itulah namanya adaptasi yang baik dan wajar dipuji.

bagaimana pula dengan aku tak bodoh arahan boris bo yang diadaptasi dari filem terbitan singapura - i not stupid too? apakah adaptasinya menghiburkan dan mampu membuatkan aku teruja? jawapan yang selayaknya, seperti mana appalam tak jauh bezanya dari papadom, begitu juga aku tak bodoh dengan i not stupid too. yang berbeza adalah cara penceritaan dan situasi bangsa.

sebenarnya aku kecewa dengan aku tak bodoh yang membuatkan aku berasa sedikit bodoh kerana terlalu mengharapkan sesuatu yang luar biasa. seperti rapunzel aku langsung tidak terfikir akan begitu hebatnya plot cerita tersebut. malahan ianya di luar jangkaan dan sesiapapun akan terhibur dengan adaptasi sebegini.

aku tak bodoh memang mampu menghiburkan, dengan lakonan bersahaja pelakonnya ia mampu menarik perhatian kerana isu semasa sebegitu. apatah lagi ianya berkisar konflik bagaimana memahami kehendak orang dewasa dan anak-anak. tetapi yang kurang menariknya adalah barangkali ada dialog yang terlalu banyak berkhutbah memberi nasihat, motivasi dan bla bla bla, menjadikan aku tak bodoh tak ubah seperti filem untuk kempen kekeluargaan. dalam erti kata lain, sayangi keluarga anda. keluargaku duniaku!

isu konflik kejiwaan remaja dan dewasa adalah topik yang luar pemahamannya dan boleh diselongkar sejauh yang mungkin, namun kerana ianya dari adaptasi i not stupid too maka ianya tidak boleh menjadi lebih cerdik dari i not stupid too. maka aku tak bodoh berada dalam lingkungan i not stupid too tanpa perubahan drastik. yang berubah adalah bahasa dan bangsa.

adaptasi harus lebih matang. tetapi sehingga kini hanya filem dari barat yang lebih bijak dalam memberi variasi terhadap apa itu adaptasi. apapun aku tak bodoh masih layak digelar filem wajib tonton. dan kepada ibu bapa yang selalu mengatakan diri mereka serba betul dan anak-anak sentiasa salah, inilah filem selayaknya untuk anda!

Tuesday, December 7, 2010

Sunday, December 5, 2010

Saturday, December 4, 2010

kalah di bumi sendiri...


memang tak masuk akal sebenarnya kalau ingin terus memperkatakan tentang kemenangan filem magika maupun shamsul yusof selaku pengarah terbaik dalam festival filem yang lalu. tetapi apabila membaca akhbar hari ini mengatakan tentang kemenangan allahyarham yasmin ahmad selaku pengarah terbaik dalam festival ke 54 di taipei menerusi filem muallaf, hati tiba-tiba terbakar untuk memberi pandangan tentang kemenangan tersebut.

penghargaan yang besar pada anak melayu dan malaysia itu adalah julungkali bagi anak seni di malaysia dalam erti kata lain yasmin telah mencipta sejarahnya tersendiri. tetapi yang amat memalukan adalah apabila juri festival filem malaysia sendiri menganaktrikan filem terakhir beliau itu. lebih malang muallaf tidak berada dalam kelompok filem terbaik dan pengarah terbaik. kalaupun tidak menang atau menang di hati para juri, tercalon pada lima terbaik tentu memuaskan hati jugak. tetapi hakikatnya muallaf langsung tidak terpilih. barangkali mereka merasakan filem yang terpilih itu lebih hebat dan mutu arahan yasmin amat lemah berbanding pengarah lain terutamanya shamsul yusof.

dan apabila pihak luar memberi penghargaan dan tentunya mereka itu tidak tahu berbahasa malaysia memberi anugerah kepada yasmin atas karya seninya, kita patutnya berasa malu kerana terlepas pandang akan bakat istimewa yasmin itu. tetapi seperti biasalah kan, orang luar lebih menghargai berbanding orang kita sendiri.

muallaf memberikan pendekatan tentang cerita kemelut jiwa yang tentunya membuatkan kita terfikir dan memikir. tetapi seperti yang diulang selalu, masyarakat tidak mahu berfikir. mereka lebih rela bergelak ketawa dengan cerita yang tidak tentu hala. tidak mengapalah kalau ingin begitu, tetapi sesekali dalam hidup ini kita perlu berfikir sejenak dan menoleh ke belakang. terlalu banyak ketawa atau berfantasi akan melalaikan...

kemenangan yasmin ahmad adalah tamparan untuk pengiat seni dan juri festival filem, biar apapun alasan mereka yasmin telah meletakkan standard yang tinggi dalam mutu kerja seninya. kita melihat sendiri selepas ini siapa pula yang mampu setandingnya di peringkat asia sepertinya dan tan sri p. ramlee maupun sudirman hj. arshad.

mamat khalid, ahmad idham, david teo, farid kamil, edry dan tentunya shamsul yusof harus memikir sejenak erti kemenangan mereka di festival filem lalu. semoga kemenangan yasmin ahmad menjadi pendorong kepada kejayaan yang maha lebih lagi pada karya seni mereka. jangan sekadar jaguh kampung...

Friday, December 3, 2010

appalam - tamil versi malaysia


meskipun aku dan seorang teman lagi yang merupakan melayu di sebalik kelompok bangsa india, semua itu bukanlah persoalan. malah bangga jugak kerana rakyat malaysia berbangsa india menerima sebuah filem tamil versi malaysia dengan arahan dari pengarah berbangsa melayu.

appalam adalah versi tamil dari filem papadom. dan jika tanpa sarikatapun aku tetap mampu memahami perjalanan cerita tersebut. namun persoalan lain yang aku lebih kisahkan adalah bukan soal papadom lebih bagus atau lebih teruk dari appalam, tetapi dari segi appalam itu sendiri. jika aflin shauki dengan bangga ingin menerjah dunia filem tamil dan bersaing dengan filem tamil dari luar, maka sewajarnya apa yang dipaparkan bukan sekadar menyamai atau setanding papadom malah ianya perlu lebih dari itu.

aku pernah menonton filem tamil di kaca tv. malah terkadang meskipun tidak masuk akal skrip dan lakonannya, filem tamil sebenarnya lebih hebat dari filem bollywood. itulah kenyataan yang sememangnya fakta. bollywood hanya berbangga dengan hero dan heroin yang cantik sedangkan filem tamil mencakupi semua keperluan sesebuah filem.

bagaimana dengan appalam? dalam konteks filem tamil, aku melihat appalam gagal menepati piawaian sebenar. appalam boleh menggunakan penceritaan papadom tetapi lakonlayarnya harus lebih gah dan hebat. aku sebenar terlalu kejam kalau mengatakan mutu sinematography terlalu rendah mutunya. aflin harus menonton kerap filem tamil dan melihat bagaimana mereka mengadaptasi mood kesedihan, pergaduhan dan tarian maupun nyanyian dengan sinematography yang memukau dan menyentuh rasa.

sebagai contohnya, kematian isteri Appalasamy, Nalaini adalah titik tolak kepada perubahan sikap appalasamy terhadap anaknya Shruthi. Sewajarnya ada adegan lain yang mengambarkan emosi appalasamy. begitu juga adegan pergaduhan dan kemuncak persembahan Shruthi di pertunjukan pentasnya terlalu lemah lakonlayarnya. langsung tidak menyentuh hati. permainan kamera sewajarnya memberi fokus kepada liuk lentuk tarian Shruthi. seharusnya pentas digelapkan. hanya lampu sorot di halakan ke tengah pentas untuk mengambarkan isi hati Shruthi tentang kecintaannya terhadap ayah dan ibunya. tetapi semua itu tiada dalam appalam.

hakikatnya meskipun Gana, Jaclyn dan Raja Illya memberikan lakonan yang boleh dibanggakan, tetapi sebagai menepati ciri-ciri sebuah filem tamil, appalam boleh berada di tahap yang kurang memuaskan. appalam sebenarnya sebuah filem tamil versi malaysia yang diadaptasi dari filem melayu. itu sahaja yang boleh dibanggakan!

Thursday, December 2, 2010