Monday, December 31, 2007

salam 2008


Sepadan Janji dengan isi
Sepadan Kerja dengan upah
Sepadan harga dengan faedah
Sepadan lidah dengan titah

Kalau Siang sang suria terang
Guru jadi teman bergirang
kalau malam tidak berbulan
Guru jadi pemandu jalan

Bila Duduk,duduk berguru
Bila Tegak , Tegak bertanya
Bila bercakap,cakap beradat
Bila Diam,diam berisi
Bila berjalan mencari kawan
Bila Musyawarrah mencari muafakat
Bila menghukum mencari adil

Bergaul pada yang betul
Berkawan pada yang sejalan
Bersahabat pada yang bersifat
Berguru pada yang tahu
Meniru pada yang sejudu
Meneladan pada yang sepadan

Hidup ini perjalanan
Pengalaman itu pengetahuan
Pengetahuan itu ilmu
Ilmu itu kehidupan
Kehidupan itu amalan
Amalan itu ibadah
Ibadah itu ketakwaan


Selamat Tahun Baru 2008
moga hidupmu bersinar seperti sinaran sang suria
perjalanan yang jauh bermula dengan selangkah

Saturday, December 29, 2007

rasa itu...


Entah kenapa ada kesyahduan di hati dengan pertemuan yang tidak diduga ini. Niat yang pada awalnya disempurnakan dengan sebaik mungkin, tetapi selepas itu ada kekesalan yang tiba. apakah yang terjadi sehinggakan begitu sekali tindakannya. pun begitu tidak timbul rasa sedih di hati malahan tidak berasa apa-apa, tetapi akhirnya keikhlasan hatinya berjaya menyentuh hatiku. Dia sememangnya keliru dengan dirinya dan memohon pengertianku. maka kembalilah semula segalanya dalam tenang dan damai.

Hari ini selain dari sejarah tercipta dengan kemenangan vee dan shidi dalam sehati berdansa, aku banyak habiskan sepanjang hari di pejabat menyusahkan tugasan kerjaya. bertemu grafik artis baru dan menyerahkan tugasan baru untuknya, mudahan segalanya akan berjalan lancar dan memuaskan.

fie datang dari jitra membawa cerita baru. anak muda yang sedang menunggu keputusan spm itu sebenarnya seorang yang ada cerita tersendiri dalam hidupnya. bagaimana dia menolak untuk merokok kerana ayahnya penghidap rosak hati, dan keinginannya mengubah hidup keluarganya. dan paling penting dia dalam proses menyiapkan novel terbarunya seperti harry potter menyedarkan aku bahawa anak muda ini bukan calang-calang. novel bahasa inggerisnya itu adalah permulaan segalanya.

lalu hari ini aku tinggalkan dengan sekeping doa dari seorang yang cukup memberi sedikit rasa untuk aku. dia mendoakan aku agar diberikan yang terbaik dalam hidup ini dan semoga selepas ini aku tidak akan terluka lagi...

Friday, December 28, 2007

Epik Terakhir




ISLAMABAD: Pembunuhan Benazir Bhutto menamatkan kisah epik seorang
pemimpin penuh kontroversi.
Bapa Benazir mati di tali gantung manakala abangnya pula ditembak mati.
Benazir muncul perdana menteri wanita pertama dalam dunia Islam tapi
kemudian terpaksa lari ke luar negara selama lapan tahun berikutan tuduhan
rasuah.
Ketika pulang Oktober lalu, perarakan menyambut ketibaannya dibom. Lebih
140 terbunuh tapi Benazir, 54, tidak cedera.
Pada 1988, Benazir berjaya mengetuai partinya memenangi pilihan raya dan
dilantik sebagai Perdana Menteri wanita pertama negara itu. Pentadbirannya
bagaimanapun bertahan selama 20 bulan.
Beliau dilantik sekali lagi pada 1993 dan Presiden Farooq Leghari
memecatnya atas tuduhan rasuah. Pada 1996, Benazir bertanding lagi tapi
tewas kepada Nawaz Sharif.
Beliau meninggalkan Pakistan pada 1999 sebelum mahkamah menjatuhkan
hukuman atas dakwaan rasuah dan mengharamkan beliau terbabit dalam
politik. - AP





PROFIL: Benazir Bhutto

Tarikh Lahir: 21 Jun 1953
Bapa: Zulfikar Ali Bhutto (Pengasas Parti Rakyat Pakistan (PPP) yang juga Presiden dan Perdana Menteri Pakistan dari 1971 hingga 1977)
Suami: Asif Ali Zardari
Pendidikan: Ijazah dalam bidang Politik (Universiti Harvard dan Universiti Oxford)
Kerjaya Politik:
1979: Memimpin PPP
1988: Perdana Menteri Pakistan
1990: Dilucutkan dari jawatan atas dakwaan rasuah
1993: Dilantik semula sebagai Perdana Menteri
1999: Bersama suami dihukum penjara lima tahun atas dakwaan penyelewengan. Bagaimanapun ketika dakwaan mereka berada di luar negara dan mengambil keputusan untuk tidak pulang ke Pakistan
2006: Menyertai perikatan bagi pemulihan demokrasi di Pakistan bersama Nawaz Sharif. Bagaimanapun kedua-duanya tidak bersependapat dalam soal rundingan bersama Presiden Pervez Musharraf.
2007: Kembali ke Pakistan selepas berada dalam buangan selama lapan tahun.

sumber : Berita Harian/ Harian Metro

Thursday, December 27, 2007

Wednesday, December 26, 2007

realiti kehidupan...


hujan lebat selepas maghrib tidak mematahkan hasrat aku untuk keluar menonton di midvalley. memang sudah berniat begitu memandangkan kepala sudah terlalu berat akibat tugasan kerja yang memaksa dikerahkan. alhamdulillah hari ini sudah selesai aku menghabiskan novel aku. akhirnya penamat novel asmara seribu cinta aku yang asyik bertangguh itu sempurna akhirnya. merdeka rasanya...

dalam berkira untuk menonton i am the legend, entah mengapa hati bertukar kepada Warlords. Sememangnya itu awalnya percaturanku. Tapi dah ditakdirkan malam ini aku menonton Warlords maka dua jam aku menghabiskan masa menonton filem epik perang cina itu. dan hasilnya memang mengagumkan.

menonton warlords cukup memberi motivasi padaku. tentang erti kehidupan. tentang persahabatan. tentang janji. tentang pengorbanan. dan paling menyakitkan adalah apabila untuk mencapai sesuatu kita menjadi kejam. Bukan kerana kejam yang disengajakan tetapi kekejaman itu adalah sesuatu yang perlu untuk mencapai impian kita itu. Maka skandal kecurangan, tikam belakang dan seribu satu kepalsuan menjadi galang gantinya.

barangkali kerana itulah dalam penamat novel aku asmara seribu cinta itu, watak Atoi tetap dengan keegoannya. bukan kerana dia tidak menyesal dengan apa yang dilakukan tetapi demi keegoaan adakala manusia terpaksa menolak kebenaran dan realiti hidup...

paling mengesankan adalah lakonan takeshi kaneshiro yang cukup berpegang pada janji dan disiplin diri. aku ingin menjadi seperti itu dalam kehidupan ini, namun soalnya sekarang aku lebih bersifat watak jet li berbanding andy lau. Hmmm...

Tuesday, December 25, 2007

percaya dan faham



DALAM BERCINTA,
SEORANG ITU PERLU MEMPERCAYAI
DAN DALAM BERSAHABAT
SESEORANG ITU
PERLU MEMAHAMI


abel bonnard, novelis Perancis

Monday, December 24, 2007

fadilat 17 kali sehari



Sesungguhnya fadilat Surah al-Fatihah itu terlalu besar. Ia bacaan yang wajib setiap kali solat dan diulang sebanyak 17 kali sehari. Sebahagian fadilat yang dapat dikongsi ialah Rasulullah SAW pernah bersabda `'fatihatul kitab itu ubat dari segala penyakit'.

Dalam hadis yang lain Baginda menyatakan 'Fatihatul kitab adalah ubat bagi segala racun'. Banyak kitab masyhur membicarakan mengenai fadilat surah al-Fatihah dalam merawat pesakit sama ada mental atau fizikal. Ia juga digunakan untuk mendapatkan kesembuhan sakit akibat disengat binatang bisa juga racun.

Ibn al-Qayyim al-Jauziyah memberitahu bahawa dia pernah sakit di Makkah, tanpa tabib dan ubat. Lalu dia minum air zamzam dan membaca al-Fatihah beberapa kali kemudian minum air zamzam lagi dan akhirnya sembuh dengan izin Allah. Ia akhirnya merawat setiap orang sakit yang menemuinya dengan kaedah yang sama.

Surah al-Fatihah hendaklah dibaca dengan ikhlas dan betul bacaannya supaya mendapat fadilat dan keberkatan. Amalkan membaca fatihah setiap kali selepas solat sunat insya-Allah banyak keberkatan yang diperolehi serta sebagai persediaan diri dan pengadang dari keburukan.

-sumber : Harian Metro

Sunday, December 23, 2007

Ketulusan Hati - Anuar Zain


Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau biarkan kasihku

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untu selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau benarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku

oooo

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Saturday, December 22, 2007

mulanya sekadar daging unta...

Pada awalnya aku diberitau sekadar untuk menghadiri majlis hari raya di sebuah pertubuhan di hulu langat. Hanya sekadar itu kerana tumpuan lebih kepada untuk mengunjungi air terjun sungai congkak di sana. Boleh juga bermandi manda. Dan selain itu keinginan untuk menikmati hidangan daging unta. Tidak pernah merasa, jadi inginkan menikmati sendiri bagaimana rasanya. Namun apabila tiba di sana rupanya rumah Perkid ini adalah penempatan untuk remaja yang terlibat dengan gejala kurang elok. Jadi dikesempatan itu sempatlah aku menembual remaja terbabit untuk tatapan pembaca pada keluaran urs akan datang.



Perkid - di sini yang suram di cahayakan...



salah seorang dari tiga remaja lelaki yang aku temubual. Kes yang menjadi penyebab mereka ke sini adalah dadah, seks, ponteng sekolah, lari dari rumah, mencuri. Melihat wajah mereka terasa sayu hati mendengar pengalaman mereka yang begitu hebat dengan dugaan kehidupan. Bayangkan umur baru 15 tahun pengalaman seks dan dadah mengalahkan mereka yang lebih dewasa. Mudahan selepas keluar dari perkid ini mereka akan menjadi manusia yang lebih terbaik dan sempurna. Amin!



Berbanding kisah remaja lelaki, pengakuan remaja perempuan lebih mendebarkan. Aku seperti terkesima apabila salah seorang dari mereka menjadi pelacur kepada mat-mat rempit dan pernah dilanggani seramai seratus lelaki dalam waktu yang sama. Pengalaman menggugurkan kandungan berusia 3 minggu dan bagaimana dia melakukan pengguguran itu meremangkan bulu tengkukku. Dan 'pelacur rempit' itu hanyalah berusia 14 tahun!



tulang belakang perkid - pengetua bersama pelawat ali mamak yang turut sama mengembeling agenda memperbaiki akhlak remaja hari ini. di belakang tu adalah penghuni lelaki yang cukup ringan tulang menyempurnakan majlis. terima kasih jugalah kerana memulangkan kamera aku yang tertinggal semasa temubual berlangsung. rasanya kalau hilang di tempat lain, jawapannya arwah je lah kamera aku tu...



hidangan rumah terbuka perkid sempena raya korban. Pertamakali aku menjamah daging unta. aduhai lembut dan enak sekali. Lebih enak dari daging lembu dan ayam. Satu pengalaman manis aku untuk raya korban ini.

Friday, December 21, 2007

aura Nicole Kidman



Apa yang aku rasa selepas menonton Golden Compass? Barangkali aku sudah terbiasa dengan cerita yang menjadikan kanak-kanak sebagai penyelamat dunia, maka tiada apa yang menarik untuk diperkatakan selain dari garapan cgi yang canggih manggih. Selebihnya Golden Compass yang dikatakan filem anti agama ini tidak lebih dari filem pengambaraan seperti trilogi Lord Of The Ring. Tetapi aku menonton lebih asyik sebenarnya lebih kepada lakonan watak jahat Nicole Kidman dan fesyen yang digayakannya yang begitu melambangkan ciri seorang wanita yang sanggup berbuat apa sahaja untuk mencipta kekuasaan...



inspirasi untuk mereka yang gemarkan sesuatu yang seksi.



anggun dan mempesonakan.



kot berbulu yang dari rona lembut tetapi cukup sempurna di susuk tubuh nicole.



tanpa perlu bergaya berlebihan namun gayanya tetap membuatkan mata yang memandang tidak mampu beralih arah.

Thursday, December 20, 2007

catatan aidil adha

Bukan lagi keanehan apabila beraya di Kuala Lumpur setiapkali tibanya aidil adha. Ianya sudah menjadi kebiasaan. Malahan rasanya bukan lagi satu kesedihan. Hari raya tetap meriah walaupun di mana berada sekalipun. Dan tibanya aidil adha ini aku kongsikan bersama teman-teman. menjamah hidangan yang ada di samping menghabiskan masa menonton. dan pilihan kali ini adalah golden kompas di ioi mall. namun dalam kemeriahan suasana, ada hati yang terguris angkara mulut. Ianya tiada kaitan dengan aku, cuma ianya berlaku antara dua sahabat baikku. Salah seorang bersifat wanita jiwanya dan seorang lagi bersikap selamba bercakap ikut sedap mulut. Jadi kesimpulannya ada yang bermasam muka dan terkilan di pagi raya...



salam aidil adha dari seorang insan yang masih mencari kesempurnaan hidup.



Berkongsi kemeriahan dan keriangan bersama 'anak-anak ikan'. lihatlah betapa cerianya Man dan Pian maklumlah penggemar 'anak-anak ikan'. hehehehe



satu kiblat yang sama; berbeza warna kulit dan bangsa tetap ada silaturrahim antara kita.



erti pengorbanan sebenar. 12 ekor tumbang di masjid berhampiran kediamanku.



bersarapan di mcd selepas solat aidiladha...



hidangan di tingkat 14 - lemang, rendang, kek dan milo. hidangan enak untuk insan dalam perantauan.

Wednesday, December 19, 2007

pengorbanan yang mesra...

Terkadang kita sendiri tidak menyangka apa yang sebenarnya akan kita lalui pada detik-detika kehidupan. pagi ini aku memulakan dengan cerita baru. tentang keharuman baru yang mewajahkan cerita baru dalam hidupku. dan seterusnya bertemu 'tingkat 10' di dalam lift. itulah kali pertama aku melihatnya pergi kerja dengan cara sebegitu. simple dan sederhana. meskipun tidak lama berbual cukup memadai dengan sikap selambanya itu. seterusnya ke bukit indah untuk fotografi bersama becca dan remy ishak, pelakon filem anak halal. fotografi yang amat menarik untuk dikenang dan kemudiannya diakhiri dengan fotografi bersama nasha aziz dan amber chia ketika perasmian butik 2% di the garden. bayangkanlah sehingga jam 11 malam bersama nasha aziz bercerita itu ini. banyak yang dikongsikan. namun apa yang menariknya adalah sikap nasha yang tidak pernah berubah. mengenalinya sejak dulu sehingga kini dia tetap dengan dirinya yang menawan hati.sesungguhnya ada kenangan yang tidak mungkin dilupakan meskipun di malam raya korban masih dengan aktiviti kerjaya. semoga dengan pengorbanan yang ikhlas ini akan memberikan impak yang maksima untuk kami selepas ini. amin!




senyuman hingga ke telinga. nasha yang bagaikan anak patung cukup mempesonakan. tak jemu mata memandang. apatah lagi katanya dia ingin terus mencangkul impian pada 2008 ni.. go nasha!



pose ala-ala supermodel gitu...



jangan ada yang makan hati bila amber chia peluk aku sebegini... sesekali buat kerja gila...



dua idolaku... amber chia yang sporting dan nasha aziz yang anggun.



duit raya dari nasha aziz... rm100 beb..



bergambar kenangan di malam raya korban...



Nana yang begitu teruja dengan cara nasha aziz melayannya. tak tentu arah nana bila nasha memeluknya ketika bergambar.mesti tak tidur malam ni...



Opps sempat lagi tu... beg sapa la ni yek.. lv lagi tu... hehehehe



bukan sebarang hidangan dalam sudu. enak dan manis sekali.



hidangan salad yang masam-masam manis...




Kenangan indah bersama dua model pengantinku. dua-duanya hebat dalam bergaya dan memberikan apa yang aku inginkan dalam pose yang menarik. terima kasihlah Remy dan Becca yang sanggup bergaya dalam lapan persalinan...



Serba merah jambu yang mengasyikkan. terima kasih pada becca yang cukup sporting meskipun masih demam. remy yang pertamakali fotografi fesyen pengantin pula melahirkan rasa debarannya apabila melihat becca yang baginya cukup matang dalam bergaya dan cukup mencabar naluri lelakinya. hmmm...



remy ishak - bergaya sakan dengan persalinan serba merah. fotografi pertamakali yang membuatkan aku sedar betapa anak muda ini seorang yang berbakat besar dalam lakonan. semoga filem aquarium bersama raja farah akan menaikkan namanya sebagai pelakon berwibawa.



Kenangan bersama krew yang bertugas. kelam kabut hendak menghabiskan fotografi sebelum pukul enam petang. Maklumlah hendak berkejar ke assignment yang lagi satu dan hujan yang mula turun. apapun meskipun kepenatan, kenangan hari ini amat manis untuk dijadikan kenangan yang membuatkan hari-hariku bertambah ceria.

Tuesday, December 18, 2007

kerana Dia


perjalanan yang panjang
dan melelahkan ini
telah bertemu titik akhir
meskipun ianya bukan pasti
muktamad
tapi tetap petanda baik
atas segala duka lara

perjalanan yang panjang
yang adakala tidak termampu
langkah dipantaskan
tetap diteruskan jua
kerana perjalanan ini
sememangnya kerana Dia

Hari ini
ketika tujuh haruman itu melemparkan serinya
dan limau merembeskan lara
ada air mata pengharapan menitis
mudahan perjalanan baru
akan memberikan cerita yang mendamaikan...

Monday, December 17, 2007

Sunday, December 16, 2007

glamour di anugerah skrin

melalui lensa kamera hana dan dean, di anugerah skrin jumaat lalu, hampir keseluruhan selebriti bergaya dengan tema hollywood glamour. Siapakah yang paling menawan antara yang paling glamour...



aishah sinclair - sederhana namun amat sesuai dengan penampilan diri. rasanya artis yang berfesyen terbuka sana sini tu, patut malu melihat gaya aishah ini. tutup auratpun tetap manis dan boleh glamour.



iqram & fauziah gaus
pasangan cinta medik ni sebenarnya cukup bijak dalam bergaya. lebih lagi si ikram tu. dan apabila digandingkan dengan fauziah yang langsing dan cantik menjadikan mereka antara pasangan yang menarik perhatian di malam tersebut.



irma hasmie
gaya sebegini menambahkan daya tarikan seksi pada irma. meskipun gaya dedah bahu sebegini sudah terlalu biasa, namun apabila memilih rona hijau menjadikan ianya sedikit berbeza, apatah lagi dengan senyuman irma melengkapkan seri gayanya.



asraf muslim
antara pelakon baru yang bijak bergaya. susuk tubuh yang tinggi menjadikan asraf serba kena dalam bergaya. tidak berlebihan tetapi tetap menarik untuk dijadikan perhatian.



Dynaz
seksi dan mendebarkan. gaya yang cukup sesuai dengan dynaz.



jehan& jue
pasangan comel dan serasi ini memilih rona putih. nampak suci dan klasik. tak jemu mata memandang.



yatt
ini gaya yang klasik dan mendebarkan. sesuai sekali dengan penampilan yatt yang lincah dan ada tarikan seksi. lihatlah jelingan dan senyuman menggodanya itu...



nadia mustapha
walaupun sudah bergelar isteri tidak memudarkan imej pesona bintang dalam dirinya. gaun meleret ini amat kena pada dirinya dan memancarkan sentuhan glamour seperti yang ditemakan dalam anugerah skrin 2007.



firz dan almy nadia
pasangan yang dikatakan sedang mabuk bercinta ini memilih warna sedondon untuk membuktikan mereka memang bercinta. rona hitam dan merah adalah pilihan tepat untuk keduanya sekaligus tampak glamour dan anggun sekali.



fasha sandha
Anggun dan stylo. tidak perlu over tetapi tetap manis dilihat. gaya yang cukup sempurna untuk si cantik jelita ini. merah adalah warna yang akan memperlihatkan ciri-ciri seksi dalam kelembutan dalam diri fasha.