
aku menonton wayang di ioi mall. maaflah kerana aku tidak mampu membawa hati untuk menonton filem terbaru prof razak, dua hati satu jiwa. daya tarikan aku terhadap filem itu sukar sekali untuk aku mengerti. bukan tidak ingin menyokong filem tempatan tetapi melihat isu kembar siam itu sememangnya menarik. tetapi ketidakpekaan pengarah dalam isu yang membuatkan filem itu kelihatan kurang teliti, membuatkan aku membatalkan hasrat.
lebih membuatkan aku tertanya sendiri adalah bagaimana kembar yang bercantum di kepala itu mengenakan tshirt kolar bulat. bagaimana mereka memakainya. sepatutnya benda yang halus sebegini diperhalusi. sewajarnya pakaian yang sesuai untuk mereka yang bercantum seperti itu adalah blouse berbutang atau kemeja. tu kan lagi praktikal.entahlah, aku kelihatan tak adil dengan filem razak, tetapi nak buat camne, dia belum mampu membawa aku ke panggung meskipun aku antara pengagum kecantikan fauziah ghaous.
aku lebih tertarik menonton filem fame yang menceritakan tentang kisah suka duka sebuah sekolah seni persembahan. semuanya dalam isu yang sama mengejar dunia glamour. tetapi dalam pencarian itu mereka akan dihadapkan dengan seribu satu kemelut kehidupan dan dugaan. ada yang gagal ada yang berjaya. itulah namanya kehidupan meskipun telah belajar dan berusaha sebaik mungkin.
kerana itulah aku senyum sinis dengan sesetengah pihak yang ingin jalan pintas untuk berjaya. mereka inginkan glamour tetapi tidak sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit. terkenang aku kepada satu kenyataan dalam melodi tetang seorang bekas pelajar agensi model milik seorang model terkemuka. katanya selepas belajar dan terpaksa membayar yuran rm1500, dia masih tercari-cari ruang untuk menempatkan diri dalam bidang ini dan sekaligus menyalahkan agensi terbabit kononnya tidak membantu.
kelakar aku dengan sikap golongan sebegini. tidakkah mereka sedar untuk apa pekara sekalipun perlu ada ilmu yang perlu dipelajari. dan untukkan ilmu terbabit perlulah membayar yuran tertentu sebagaimana ditetapkan agensi terbabit. jadi apabila sudah dapat ilmu yang diberikan oleh tenaga pengalaman jadi mulakan perjalanan baru, andai anda tidak berjaya jangan pulak menunding jari kepada pihak lain.
hakikatnya yang perlu disedari adalah sebelum berimpian ke dunia glamour, cermin-cerminlah diri. apakah anda selayaknya berada di dunia ini. kalau sekadar ada minat dan impian tetapi nilai komersilnya tiada, baik lupakan sahaja. tetapi jika ingin juga menceburi bidang ni, maka bersedialah dengan apa yang disyaratkan oleh setiap agensi. kalau perlu membayar sehingga beribu-ribu bayar saja, kerana tiada benda yang percuma dalam hidup ini. selepas itu jangan salahkan pihak lain atas kegagalan kita mencapai bintang selepas menuntut ilmu serta menuduh orang lain menipu. orang tidak akan menipu kita kalau kita sendiri tidak membenarkan kita ditipu atau terpedaya. pucuk pangkal diri sendiri. fikirkan dengan jiwa waras bukannya hati yang panas dengan kekeliruan atas kebodohan dan kealpaan diri sendiri!